Wahabi Tua
Jusoh duduk menengung sambil menopang dagu atas beranda luar rumah. Segumpal awan hitam yang tadinya mula meluruhkan air setitik demi setitik demi setitik demi setitik... kini hujan telah semakin lebat. Walaupun tidaklah lebat berderohong macam dua hari lepas, tapi kalaulah hujan mencurah seperti ini selama tujuh hari tujuh malam di Afrika, sudah cukup untuk membuatkan tiga empat puluh orang penduduk Sudan mati terkejut atau penduduk Somalia mati kesejukan. Sesekali percikan tempias air hujan yang dihembus angin menampar muka, menjadikan Jusoh sejuk mengoko hingga berketap-ketap gigi atas berlaga dengan gigi bawah. Tapak tangan Jusoh terasa kebas dan kecut-berut. Terasa sejuk macam mayat anak kucing yang gugur syahid sebab tersilap landing dalam peti sejuk.
Rosman belum sampai. Janji nak datang rumah Jusoh. Musim hujan gini berasa teringat nak makan ubi kayu rebus cicah nyor parut, dengan air kopi o... kalau setakat nak makan ubi kayu atau keledek atau keladi rebus, bukanlah satu masalah yang rumit bagi Jusoh. Kalau dicabut pokok tepi pagar belakang rumah saja pun, kalau kumpul boleh muat penuh satu kereta. Tapi kereta tolak lah!
Rosman tak sampai lagi. Tadi Jusoh call, katanya on the way. Tak tahulah dah sampai mana. Jusoh faham sangat perangai Rosman. Kalu cakap dalam telefon kuat sangat bedo’ohnya... Kalau masih dalam jamban kat rumah pun kata on the way jugak! Pernah sekali Rosman suruh Jusoh tunggu di restoren Sitiman kat Galing, nak makan mee jawa. Katanya dia ada di Air Putih, sekejap lagi sampai.... tunggu punya tunggu, kalau kerusi tempat Jusoh duduk tu berbaja, agaknya senang-senang je punggung Jusoh tumbuh akar...! Padahal jarak Air Putih dengan Jalan Haji Ahmad tu, bukannya jauh sangat, sepelaung je, kalau berlari pun sampai! Rupa-rupanya Rosman masih berada di Air Putih Kemaman, bukan Air Putih Kuantan!
Hujan dah reda sikit, tapi masih berberai-berai. Dua tiga ekor ayam tengah mandi hujan, sambil main-main speed trap tangkap kelkatu yang melintas. Awan gelap masih menutup langit. Suasana sebegini mudah saja mengimbau dan menggamit kenangan Jusoh masa zaman kecik-kecik dulu... zaman duduk rumah kayu atap zink. Kalau hujan lebat, bunyi bising bukan main, rudung-radang-berapak sekali! Nak bercakap dalam rumah pun kena separuh melaung. Nak kena jaga api pelita pun satu hal jugak... api meliuk-lintuk sokmo kena tiup dek angin yang masuk ikut celah lubang dinding.... tapi paling seronok masa nak mandi. Maklumlah air dalam telaga sikit lagi nak penuh. Mudah sungguh. Tak payah nak hulur dan karai tali timba panjang-panjang, pakai cebok terus dengan tangan je...! Satu lagi yang Jusoh paling ingat ialah acara sauk ikan dalam baruh. Pakai seludang nyor, tak kira ikan sepat, haruan, puyu, semua rembat. Sampaikan ikan kecik-kecik yang ada tanda putih atas kepala... ikan kepala putih! Itupun Jusoh pernah sauk, kumpul, dan jemur nak buat ikan bilis...!
Rosman tak nampak batang hidung lagi.
Ben Ali dan big mama telah diusir oleh rakyat Tunisia. Rakyat dah muak dengan penyelewengan, rasuah, dan salah guna kuasa oleh pemimpin. Bukan setakat suruh letak jawatan, tapi kena hambat terus keluar dari negara Tunisia! Rakyat Mesir pula tengah mengamuk, mendesak Husni Mubarak keluar dari bumi Egypt! Rakyat meluat dengan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah yang berleluasa....
Banjir di Johor belum surut. Lebih 50 ribu orang kena pindah. Pilihanraya Kecil DUN Tenang baru berakhir. Masa hari mengundi, kereta yang parking dalam pekan Labis tenggelam nampak bumbung. Jusoh mengikuti perkembangan itu dari jauh. Manalah tahu kot-kot tindakan rakyat Tunisia dan Mesir itu memberi inspirasi kepada pengundi DUN Tenang... Maklumlah, ketua parti kerajaan pun lebih kurang Husni Mubarak juga. Bahkan lebih hebat lagi. Bini ketua parti kerajaan pun lebih handal dari bini Ben Ali. Berlaku pulak banjir besar masa hari mengundi. Ish, macam nak bagi ingat kepada pengundi Tenang supaya jangan pilih pemimpin yang melampaui batas...!
Rupa-rupanya... Jusoh terlupa, padahal begitulah sokmo-sokmo! Orang Johor berfikir tidak sama dengan apa yang Jusoh fikir. Orang Johor bukan tidak fikir pasal banjir. Bukan setakat fikir, mereka sendiri yang mengharung air banjir nak pergi mengundi. Orang Johor juga sedar banjir itu sebagai peringatan dari Tuhan. Mereka tahu! Tetapi... mereka mungkin melihat banjir besar itu sebagai amaran Allah supaya jangan undi PAS! Orang Johor berfikiran mungkin banjir yang kerap melanda negeri Kelantan dan Kedah itu adalah bala Allah yang ditimpakan kerana penduduk di negeri tersebut kuat sokong PAS! Dulu masa banjir besar di Kuantan pun, Menteri Besar Pahang kata itu bala dari Allah disebabkan Perumahan Sungai Isap itu lubuk PAS!
Hujan lebat semula. Kelibat kereta Rosman belum ternampak. Jusoh terus mengelamun. Yang dikatakan Ayat Allah itu ada dua. Satu yang bertulis dan satu lagi yang tidak bertulis. Yang bertulis itulah dinamakan Wahyu. Manakala yang tidak bertulis itu ialah seperti alam cakerawala, gunung ganang, ombak laut, hutan rimba, bukit bukau, semak samun, pulau-pulau dan sungai-sungai. Apabila Ayat Allah yang bertulis sudah tidak dipedulikan orang, takut kalau-kalau Ayat Allah yang tidak bertulis itu pula yang akan bersuara!
Apabila Wahyu Allah sekadar untuk dibuat tanding-tandingan, dimusabaqahkan untuk menentukan siapa paling berdengung, atau Ayat Qur’an sekadar untuk digunakan sebagai jampi serapah dalam sihir dan perubatan sahaja, atau sekadar dihafal Ayat-Ayat tertentu sahaja untuk amalan petua itu dan ini begitu dan begini... kalau nak muka lawa berseri semua orang suka tengok, baca ayat sekian-sekian 3 kali masa sikat rambut depan cermin... kalau nak biar nampak muda sokmo tak tua-tua sampai bila-bila, baca ayat sekian-sekian 7 kali masa nak tidur dan lepas bangun tidur... kalau nak murah rezeki, amal ayat ni. Kalau nak cepat kaya, amal ayat tu. Kalau nak lambat kaya, amal ayat nun. Kalau tak nak kaya, pun ada ayat jugak....! Hanya sekadar itu. Ayat Seribu Dinar diukir warna emas, buat frame cantik-cantik, digantung dalam kedai, tujuannya empat dalam satu... Yang pertama, supaya orang ramai tahu itu kedai orang melayu, confirm tak ada daging babi... Yang kedua, untuk buat perhiasan, sebab tulisan tu cantik, harga pun bukan murah... Yang ketiga, moga-moga dapat pahala, sebab kreatif dan ada idea untuk mencantikkan ayat Qur’an boleh buat perhiasan.... Yang keempat, Ayat tu ada power, ayat murah rezeki, kalau gantung Ayat tu dalam restoren, masakan tak sedap pun orang rasa macam sedap...! Itu belum termasuk lagi Surah Yasin, Surah empat Qul.... lain pula khasiatnya.
Begitulah tanggapan orang Melayu terhadap al-Qur’an. Ayat Allah yang bertulis sekadar dijadikan sebagai petua dan azimat. Dalam masa yang sama, ramai yang masih bergelumang dengan syirik, khurafat, tahyul, dan maksiat.... Bila keadaan sudah melampau, bila Ayat Allah yang bertulis itu diperlakukan begitu rupa, maka giliran Ayat Allah yang tidak bertulis pula akan bertindak, untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada manusia. Itulah yang berlakunya gempa bumi, angin ribut, letupan gunung berapi, tanah runtuh, sunami, banjir, dan sebagainya.... Agaknyalah!
Seingat Jusoh, dulu pernah berlaku, kalau tak silap tahun 1993, tanah runtuh di Genting Highland! Ramai jugak yang mati. Kereta tengah jem beratur nak naik ke atas, tiba-tiba datang kepala air bercampur dengan lumpur, batang pokok, dan bongkah batu, terus rempuh dan hanyutkan semua kereta yang sedang merayap dengan penuh kesabaran itu, borong dengan orang-orang sekali terjun masuk gaung kat terowong Genting Sempah. Gaung tu nak kata dalam, taklah dalam mana, kalau duduk kat atas, nampak orang kat bawah sama besar dengan kepala mancis je...
Ya lah, bukan semua orang yang panjat Genting Highland tu nak pergi buat maksiat... bukan semuanya nak pergi main judi kat kasino... ada yang pergi berbulan madu dengan makwe, ada yang bawak anak-anak untuk bercuti dan bersuka ria, main roller coaster dalam air, naik keretapi yang konar guling-bating... dan mungkin ada juga yang saja nak singgah solat Zohor kat atas tu...! Bukan semua maksiat, masjid pun ada... Judi di kasino memanglah haram untuk orang melayu, tapi kat atas tu pun banyak juga judi yang halal... orang melayu pun boleh main, tak kena tangkap punya...! Kanak-kanak bawah umur pun boleh main. Tak pakai duit pun, cuma guna kupon je. Kalau nak dapatkan kupon tu, senang je... kena beli kat kaunter. Ceh!
Ada banyak jenis game pulak tu. Semua senang-senang. Setiap kali kena, dapat satu tiket. Kalau kumpul tiket tu banyak-banyak, nanti boleh tukar di kaunter hadiah... Wow! Boleh pilih hadiah apa kita nak.... Ada sorang kawan Jusoh, bawak famili ke Genting... bawak anak masuk tempat game, konon nak tengok-tengok.... lepas tu main jugaklah sekejap, nak try, dalam setengah jam, habis jugak RM138.00...! Beratur nak tukar hadiah dekat satu jam... tengok-tengok dapat tisu 2 kotak! Ceh!
Masa kejadian kepala air dan tanah runtuh di jalan naik bukit menuju ke Genting Highland itu, maka bukan main sibuk hero-hero melayu berebut pakat keluar TV, tak cukup mulut nak ulas, kalau boleh dengan tangan dan kaki sekali pun nak bercakap, konon wakil kementerian itu, wakil jabatan ini, wakil persatuan itu, wakil pertubuhan ini, pihak NGO jangan ceritalah.. semua marah-marah dan gesa kerajaan siasat punca kejadian. Semua menyalahkan pihak Genting. Kononnya sebab penebangan hutan yang berleluasa, bukit ditarah ikut suka hati, pembangunan yang pesat dan tidak seimbang di atas bukit, menyebabkan sistem ekologi terganggu, alam sekitar tidak dipelihara... Habis semua dengan JKR, JBA, JPS, Bomba, Alam Sekitar, Polis, Tentera... semua jadi sibuk nak siasat punca kejadian. Sampaikan JKKK pun tumpang buat-buat sibuk, manalah tahu kot-kot ada basi-basi duit peruntukan, boleh gak kelepek... Bahkan BPR pun kena buat siasatan jugak, manalah tahu kot-kot ada orang bagi rasuah kepada pokok-pokok dan batu-batan tu suruh tumbang dan bergolek....
Last sekali baru keluar interview dengan Lim Goh Tong, taukeh Genting. Dah semua orang duk salahkan dia, tok pek ni pun jawab : “Itu semua Tuhan Alah punya kerja, apa mau bising-bising? You tengok bukit sana, mengapa tak ada runtuh? Sebab Tuhan Alah tak mahu kasi runtuh, dia tadak runtuh... ini bukit, Tuhan Alah mahu kasi runtuh, dia runtuh lah..!!” Ambik nak!
Padahal... bila masa gemulah Goh Tong ni belajar Sifat 20 nya? Jangankan nak hafal, nak eja Sifat 20 pun tak reti... tapi, at least sekurang-kurangnya tok pek ni tahu akan kekuasaan Allah. Itu fitrah manusia. Bila orang setara Goh Tong pun percaya akan Kuasa Allah, sudah tentu dia telah percaya bahawa Allah itu Ada, Berkuasa, Melihat, Mendengar.... yang ni yang orang melayu duk hafal sampai 20 tahun tak selesai lagi ni... Wujud ertinya Ada, lawannya Tiada... apa makna ada, adapun ada itu ialah adanya Allah itu atas sifat Nafsiah, iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang padanya. Wujud itu bersifat Nafsiah kerana ia tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat. Sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan menunjukkan kepada perkara yang menumpang pada zat. Wujud itu bukan merupakan sifat yang menumpang atau menempel pada Zat Allah akan tetapi Zat Allah itu dengan sendirinya merupakan bukti kewujudan Allah. Tetapi Zat Allah dengan Wujud Allah tidak dapat dipisahkan. Berbeza dengan Sifat Ma'ani seperti Ilmu, kerana sifat ini merupakan sifat yang menempel pada Zat Allah. Ertinya sifat Ilmu itu terpisah dengan Zat Allah. Sebab Allah mengetahui sesuatu dengan Ilmu-Nya, bukan dengan Zat-Nya. Hanya sifat `wujud' sahaja yang termasuk dalam Sifat Nafsiah...
Itu baru Wujud tu... baru sikit, tak habis lagi... itu belum masuk bab berjisim tak berjirim, berjirim tak ada zat lagi tu... belum masuk bab ada lawannya tiada, sampai retak tempurung kepala nak fahamkan apa makna tiada..! Tok Imam yang mengajar Sifat 20 seminggu sekali kat surau pun, dalam bulan pertama tu padan menggelupur dengan sifat wujud ada lawan tiada berjirim tak berjisim tapi ada zat... apa tak geleparnya, tok imam sendiri pun pening tak berapa nak faham, sebab tak pernah belajar Fizik pun...! masuk bulan kedua, tok Imam sakit lutut lah, kena berulang balik rumah bini baru kat Pekan lah... motorsikal rosaklah, lampu proton saga keceng sebelah lah... kuliah Sifat 20 ditangguhkan... masuk bulan kelima, ada ganti ustaz lain untuk sementara, start balik pelajaran wujud ertinya ada dari awal... baru ngajar 4 kali, belum masuk bab Qidam ertinya Sedia, ustaz ganti tu tak boleh mari dah, jadual ketat sangat... tangguh lagi.... lepas tiga bulan, tok imam pun sihat, boleh sambung balik kuliah Sifat 20... start dari awal balik, Wujud ertinya Ada...!
Begitulah orang Melayu. Begitulah! Di Felda Tenang. Di Pekan Labis. Di daerah Segamat. Di negeri Johor. Di Melaka. Di Negeri Sembilan. Di Pahang. Di Kuala Berang. Datanglah banjir besar mana pun, mari lah ombak sunami bergulung besar mana pun, meletuplah gunung berapi besar mana pun, runtuhlah bukit besar mana nak runtuh pun.... itu semua bencana alam! Itu semua salah pemaju... Itu semua salah taukeh highway... itu semua salah kerajaan Pakatan Rakyat...! Bila berlaku malapetaka, orang Melayu yang jadi juara Sifat 20 selalu lemas untuk mencari punca dan sebab-musabab kejadian, semata-mata untuk menidakkan hakikat bahawa itu mungkin pengajaran atau peringatan dari Allah atas kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin.
Marilah bah besar mana pun... Itu hanya peringatan supaya kena undi parti kerajaan, jangan nak gatal-gatal undi parti pembangkang! Dun Tenang tu dalam Parlimen Labis. Ketua parti kerajaan di Labis itu, juga menjadi ketua parti peringkat negeri Johor dan seluruh Malaysia. Hujanlah nak hujan lebat setara mana pun, itu tak ada kena-mengena dengan sokongan orang melayu kepada parti yang ketuanya sekelas dengan Ariel Peterpan dan Luna Maya, kalau pun tidak mencapai taraf Peter North dan Asia Carera... pelakun filem lucah yang terkenal di seluruh dunia! At least paling tidak pun Ariel tu seorang penyanyi... kena penjara 42 bulan... itu pun bukan main marah umat Islam di Indonesia kerana hukuman tu ringan sangat... ada yang baling telur pada kereta yang bawak Ariel ke mahkamah... tu artis tu! Kena penjara 3 tahun setengah pun tak padan lagi...
Di Malaysia.....? Seorang menteri! Seorang pemimpin politik! Jadi ketua parti! Buat kerja yang sama dengan Ariel dan Cut Tari... tak kena hukum apa-apa! Bahkan... bila diadakan pilihanraya kecil, parti yang dipimpin oleh seorang pelakun blue filem menang besar! Makin lebat hujan, makin kuat suara guruh petir, makin melimpah air sungai, makin banyak kereta tenggelam... sokongan orang melayu kepada parti yg berketuakan pelakun video lucah makin kuat...!!! Inilah satu kepelikan unik yang dimiliki oleh orang Malaysia.
Rosman terus membelokkan kereta masuk ke dalam pagar yang pintunya sedia ternganga, sengaja dibukakan oleh Jusoh. Ubi kayu dan kopi o dah hampir sejuk.
“Kah kah kah...! PAS kalah teruk di Tenang, padan muka..! Hahaha...!” Rosman cuba bermain api dalam hujan. Mujur tak tersembur ubi kayu dalam mulut.
“Yang mu marah sangat ke PAS tu, pasal apa?”
“Aku bukan marah... dulu memang aku penyokong kuat PAS.... tapi....!”
“Dok sah lebong lah Semang...! Aku kenal mak ayah mu, memang keluarga mu semua orang sona...!”
“Memang betul... dulu mak ayah aku orang UMNO, tapi sekarang dah masuk PAS..! Aku memang tak pernah masuk UMNO pun... sejak dulu memang aku sokong PAS.... tapi bila PAS bergabung dengan DAP dan PKR, setuju nak lantik Nuar Brahim jadi PM pulak tu, aku rasa perjuangan PAS dah tersasar dari landasan! Selagi si wahabi tua tu jadi Mursyidul Am PAS, memang banyak yang mengarut... sampaikan sanggup menyokong majalah kristian gunakan nama Allah...! Aku tahu sebab apa mu sokong PAS, Soh...! Sebab kepimpinan PAS telah dikuasai oleh wahabi! Nik Aziz, Haji Hadi, semua tu wahabi tu!!”
Kalaulah telinga manusia dibuat dari lilin, agaknya cuping telinga Jusoh dah cair dan luruh setongkol-setongkol dah, sebab panas sangat.
“Jadi, sekarang mu sokong UMNO, semata-mata sebab benci ke wahabi?”
“Dok juga... sistem demokrasi ni semua mengarut, sistem ciptaan orang kafir. Sepatutnya orang Islam wajib kembali kepada sistem khilafah dengan mewujudkan Daulah Islamiyah, menjalani kehidupan seperti masyarakat Islam pada zaman Khulafa ar-Rasyidin... mu pernah dengar Hizbul Tahrir?”
“Pernah dengar je lah... tapi apa benda menatang Hizbul Tahrir tu, sikit haram pun aku dok tahu...! NGO ke, parti politik ke, persatuan bulan sabit merah ke...”
“Ok, mu dengar aku cerita, Soh.........!”
Demikian adanya.
Bersambung..
Tuesday, May 31, 2011
Thursday, May 26, 2011
Hati si Jusoh: episod 15
Bunyi Guruh, Petir dan Kilat
Petang. Dalam perjalanan balik ke Kuantan. Dari Jerantut. Urusan dah selesai. Perut dah kenyang. Gulai lemak kuning ikan kirai. Goreng Ikan lampan. Sambal jering. Cencaluk.... Rosman bersandar kekenyangan, sekali tengok macam tok pekong. Macam biasa, Jusoh jadi pemandu yang setia...
“Pasal apa orang wahabi anti sangat ke Syi’ah, Soh...? Padahal mereka pun mazhab Islam jugak....! Cuma berbeza pendapat sikit je... sebab tu aku kata orang wahabi ni golongan ekstrim bila menghukum orang lain yang tak sebulu dengan pegangan mereka....!”
Dah sampai Kuala Krau. Nanti sampai Simpang Songsang, baru masuk highway. Jusoh tak jadi nak berjimat cermat... lalu highway lagi senang... tak ada banyak trekter bawak buah sawit tengah jalan, tak ada budak baru lepas bersunat bawak motor brum bram brum bram atas jalan besar... tak ada kereta datsun tonggek dengan kelajuan constant 15 batu sejam... tak ada kerbau melintas jalan... tak ada taik lembu atas jalan...
“Bagi aku, Mang... ini pendapat peribadi aku... semua ajaran tareqat sesat yang ada di Malaysia ni, samada yang diwartakan oleh Jakim atau tidak, semua tu.. tak kiralah apa nama tareqat pun... Nasrul Haq ke… Budi Suci Sejati ke… Silat Sunda Pukulan Ghaib ke… Tusuk Hikmat ke… Potong Maya ke… Haqqulah Syahadah ke… Wali Suci ke… Garis Sakti… Pukulan Jarak Jauh… Tenaga Dalam Hikmat… Asal Wujud Garis Laksamana… Ajaran Manan Harun… Ajaran Nasrun Kahar… Ajaran Wali Sembilan… Tareqat Naqsyahbandi… Ajaran Kadirun Yahya… Ajaran Arqam… Ajaran Haji Ghazali Osman Hulu Klang… Ajaran Haji Kahar… Ilmu Tajali Ahmad Laksamana… Ajaran Ilmu Hakikat… Ajaran Siti Jernar... Tareqat Mufaridiah… Hasan Anak Rimau… Aurad Ismailiyah… Ajaran Martabat Tujuh… Tareqat Samaniah Ibrahim Bonjol… Ajaran Sulaiman Bahtera Nabi Nuh… Ajaran Ahmadiyah/Qadiani…… Semua ajaran itu bersumber dari S-y-i-’a-h!” Jusoh berkata dengan yakin, sambil membilang satu persatu....
Rosman cuba membantah, “eleh, kalu ikut Jakim, semuanya sesat...! ajaran tasawuf pun sesat, ajaran tareqat kebatinan pun sesat... yang peliknya, tak ada pulak ajaran wahabi dalam senarai tu...!”
“Kah kah kah! Jangan-jangan Jakim pun wahabi kot...!! Hahaha..!” Jusoh menganjing sakan.
“Jadi, bagi mu Syiah ni satu mazhab yang sesat??” Nafas Rosman sok-seh sok-seh turun naik, bunyi macam dinosour... menahan marah, barangkali!
“YA! Bukan setakat tu... bagi aku, Syiah bukan sekadar satu mazhab yang hanya berbeza fahaman dalam beberapa perkara khilafiyah, tetapi sebenarnya ajaran dan pegangan Syi’ah itu sendiri bukan dari ajaran Islam dan tidak ada kena-mengena dengan akidah Islam!!”
Rosman terlopong dengan keberanian Jusoh yang nampak yakin dan selamba, muka tak kerut langsung.
“Orang wahabi memang sedap sangat tuduh orang lain sesat...!” Rosman cuba konar berpusing-pusing.
“Aku bukan tuduh sapa-sapa pun, aku cuma bagi pendapat tentang syi’ah...! Pasal apa mu terasa? mu syi’ah ke?” Jusoh buat-buat garang, tapi bunyi macam kelakar.
“Aku tidak lah mengaku aku masuk mazhab Syi’ah, tapi kalu nak kata semua ajaran Syiah tu sesat, tak boleh jugak... sebab ada juga yang betul... kita orang jahil ni mana boleh cakap, Soh... cukup ke ilmu yang kita ada, sampai buleh kata orang tu sesat orang ni salah...!” Rosman seperti cuba membela ajaran Syi’ah.
“Setakat nak tengok kesesatan Syi’ah, tak payah mengaji tinggi, Mang... budak SPM pun boleh nampak...!! Apa ajaran Syi’ah yang betul, yang mu nak bela sangat tu, acu cerita sikit, Mang...!” Jusoh mencabar Rosman.
“At least mereka memuliakan ahlul bait... keluarga dan keturunan Nabi yang suci....! Salah ke? Semata-mata kerana memuliakan ahli keluarga Nabi, wahabi kata mereka sesat? Nak harapkan orang wahabi... keluarga Nabi pun dihinanya..!! Kalau semua Syi’ah sesat, adakah pengikut mazhab Ahlul Bait di Malaysia semua sesat lah?” Rosman meninggikan suara.
“Kenapa... mazhab Ahlul Bait tu Syi’ah ke?” Jusoh bertanya sambil tersengih menganjing.
“Er.. bukanlah Syi’ah yang pure macam di Iran tu...! Cuma ada sikit je persamaan dari segi......” Rosman tersangkut...
Jusoh dah dapat agak apa yang Rosman nak kata, terus memotong.... “Sebab itu aku kata semua ajaran sesat berpunca dati Syi’ah...! Memang mereka tidak menganut Syi’ah tulen 100%... tareqat ni ambik sikit, mazhab tu ambik sikit...!”
“Jadi memang betul pegangan mu sama dengan wahabi, yang memandang rendah dan memperlekehkan ahlul bait, keluarga dan keturunan Nabi?”
“Apa kena-mengena dengan keluarga Nabi pulak...?”
“Wahabi menolak ahlul bait!”
Kalaulah tanah tu makanan, rasanya kenyang Rosman makan tanah petang ni....
“Mang, mari nak kabo.... ahlul bait tu maknanya orang rumah, atau ahli keluarga... termasuk isteri, anak, pak mertua, menantu, cucu, ipar.... Pegangan aku, ahlul bait Nabi SAW ramai... Abu Bakar as-Siddiq pak mertua Nabi... Umar al-Khattab pak mertua nabi.... Ali menantu Nabi... Usman menantu Nabi... Abas pak sedara Nabi... Fadhal anak Abas... Qusam pun sepupu Nabi.. Hasan dan Husin cucu Nabi... Fatimah puteri Nabi... A’isyah isteri Nabi... Ummu Salamah isteri Nabi... Hafsyah isteri Nabi... Maimunah isteri Nabi... ramai lah Mang...! Itu semua ahlul bait....! bila masa pulak aku menghina ahlul bait? ”
“Hahaha..! Mu ni kelakar lah Jusoh...! Itu sahabat biasa..! aku maksudkan ahlul bait tu, maknanya keturunan dari 5 orang yang disucikan oleh Allah... Nabi Muhammad, Saidina Ali, Fatimah, Saidina Hasan, Saidina Husin....!”
“Pegangan mu tu lah yang membezakan ajaran Syi’ah dan ajaran Islam yang dipegang oleh ahli sunnah wal jamaah......!”
“Bukan ahli sunnah wal jamaah, tapi wahabi! Ulamak ahli sunnah wal jamaah semua mengaku kemulian ahli bait dan keturunan Ali, Hasan, dan Husin... cuma wahabi yang beriktikad semua ahli bait tu orang biasa, dengan memasukkan anak menantu dan para isteri Nabi sebagai ahlul bait...!!!”
Jusoh berkata dengan tenang, “Kalu mu nak cerita hal ahlul bait... nak tak nak, mu mesti kena tahu asal-usul puak syi’ah... kena tahu sejarah bagaimana mula timbulnya ajaran syi’ah...!”
“Ya lah.. syi’ah yang asal ialah pengikut Saidina Ali..! Salah ke? Membela dan mempertahankan seorang Imam yang suci, boleh jadi sesat ke?Acu mu cerita tang mana salahnya golongan yang membela Imam Ali...!”
Ceh, Rosman tak tahu... kalu suruh Jusoh cerita hal Syi’ah, macam bagi gandum ke Malbari restoren mamak suruh uli buat roti canai.... atau macam bagi sikat ke Mat Bangladesh yang kerja kat stesen minyak petrol Shell... dalam dia duk tany adek manes, hijau merah, baru lama... dang lagi sikat rambut!
“Ok ini sejarah, mu dengar aku cerita, Mang...! Ajaran Syi’ah mula-mula sekali timbul sebelum Ali jadi khalifah lagi...! Itulah puak pemberontak yang membunuh Khalifah Usman bin Affan... mereka bukan orang asal Madinah.... mereka bukan sahabat Nabi... Tidak ada seorangpun sahabat Nabi yang terlibat dalam kumpulan mereka... pasukan pemberontak datang ke Madinah, 500 orang dari Mesir, kepala dia nama Al-Ghafiki... bergabung dengan 500 orang dari Kufah, kepala dia nama Abdullah bin Assham al-Amiri... bergabung pulak dengan 500 orang dari Basrah, kepala dia nama Hurkus bin Zuhair.... dari ketiga-tiga kumpulan ini lah lahirnya golongan Syi’ah... dan dari pasukan Hurkus bin Zuhair inilah lahirnya Khawarij!!!!”
“Apa tujuan mereka datang ke Madinah...? Kalu memang tujuan untuk membunuh Usman, adakah gabenor Islam di Mesir, Kufah, dan Basrah tak tahu? Apa yang aku faham, itu rombongan haji yang dalam perjalanan ke Mekah....”
“Sebab itu aku sebut puak ni sebagai pemberontak...! Bukan setakat memberontak kepada Usman, tetapi juga pemberontak terhadap pemerintah Islam di negeri atau wilayah mereka...! Puak ni telah terpengaruh dengan hasutan dan termakan ajaran sesat Abdullah bin Sabak.. si badigo inilah pengasas syi’ah...!!! Puak pemberontak datang ke Madinah pada bulan Zulkaedah tahun 35 Hijrah, dengan dalih kononnya untuk mengerjakan Haji ke Mekah, rupanya mereka telah berpakat untuk memaksa Usman bin Affan letak jawatan sebagai Khalifah di Madinah... Mereka tahu masa itu sebahagian penduduk Madinah pergi menunaikan Haji di Mekah. Mereka kononnya nak lantik Ali, padahal Ali tak tahu menahu pun, jauh sekali nak suruh mereka paksa Usman... Mu tahu Mang, masa puak pemberontak tu tawan Madinah, mereka kepung rumah Usman tak bagi keluar.... Ali dan anak beranak dia tak terlibat langsung! Ali yang suruh anak dia Hasan dengan Husin berkawal depan pintu, tak bagi puak pemberontak tu masuk rumah Usman... selain Hasan dan Husin, yang jaga depan pintu rumah termasuk juga Abdullah bin Zubir – anak Zubir bin Awwam, dan Muhammad bin Talhah, anak Talhah bin Ubaidillah. Tetapi rupa-rupanya puak-puak tu masuk senyap-senyap ikut sutuh atap rumah Amru bin Hizam, jiran Usman. Yang berkawal kat pintu tak boleh buat apa, sebab pintu tu diselak palang dari dalam. Usman tengah baca Qur’an. Berlakulah tragedi yang paling memilukan dalam sejarah Islam. Khalifah Usman bin Affan dibunuh!! Isteri Usman, Nailah, putus jari....”
Jusoh terdiam sekejap. Genyeh mata, masuk habuk... Rosman keras terpaku macam patung dewa Murugan kat Batu Caves.
“Cuba mu bayangkan suasana kelam kabut masa tu, Mang...! Sahabat Nabi ramai yang dah wafat.. yang tinggal pun semua dah tak nak terlibat dan urusan politik, tak nak masuk campur dalam permusuhan politik... Said bin Zaid, Zubir bin Awwam, Talhah bin Ubaidillah, Ali bin Abu Talib, Ammar bin Yasir, itu je sahabat besar yang tinggal di Madinah... Saad bin Abi Waqqas tidak tinggal di Madinah. Generasi kedua di kalangan anak-anak para ahli Badar itu pun tak mahu terlibat... Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Ibnu Zubir, Ibnu Amru, Muhammad bin Talhah, Husin dan Hasan... semua tak masuk campur.... Mu’awiyah dah hantar satu pasukan dari Syria, dipimpin oleh Ubaid bin Musallamah untuk mempertahankan Usman, tapi terlambat. Sampai tengah jalan, dapat berita Khalifah Usman telah dibunuh. Pasukan pemberontak telah nenawan Madinah! Aku ulang, Syi’ah beranak ikut celah kangkang bini para pemberontak ni lah, Semang!!! Jangan mu ulang lagi kata sahabat pun bergaduh sama sendiri berebut kuasa, tak dok sorang pun sahabat yang terlibat dalam pasukan pemberontak jahanam ni... Nailah hantar utusan ke Syria, melaporkan tragedi yang tragis itu kepada Gabenor Mu’awiyah... bersama perutusan itu dikirimkan sekali jubah Usman dan Qur’an yang penuh berlumur darah, dibawa oleh Nukman bin Basyir.... Pasukan pemberontak, lepas bunuh Usman, lepas tawan Madinah, mula takut kalau Muawiyah akan membawa pasukan dari Syria datang ke Madinah untuk menuntut balas atas darah Usman bin Affan, dan mentelah pulak Usman adalah Khalifah Islam yang wajib ditaati. Pembunuh Usman wajib dibunuh!!”
Kalu lah air liur pun kena beli, agaknya jatuh miskin Rosman hari ni. Bakpe doknya...? Padan duk ulang telan air liur je dari tadi....
“Puak pemberontak dari Mesir, Kufah, dan Basrah yang menguasai Madinah, telah lantik Ali jadi Khalifah... Mulanya Ali tak nak, tapi puak ni ugut untuk cetuskan huru hara dalam kota Madinah, Ali terpaksa terima. Puak pemberontak ni pun terus bergabung dalam pasukan tentera Madinah, kononnya inilah pasukan pengikut Ali...!! Dari tulang sulbi puak pembunuh inilah lahirnya golongan Syiah!! Puak inilah yang bunuh Zubir dan Talhah dalam Perang Jamal... Dan Muawiyah dan Amru al-As nak bunuh puak pemberontak ni lah dalam Perang Siffin, bukannya nak lawan Ali! Puak-puak yang bunuh Usman sedang berlindung dalam pasukan Ali!! Muawiyah tahu Ali dalam serba salah, tapi dia terpaksa lawan...! Mu kena faham kejadian ni, baru mu tahu siapa golongan Syiah, Mang!”
“Tapi aku ada baca, sebenarnya nama Abdullah bin Sabak ni tak wujud dalam sejarah... itu cuma watak rekaan puak wahabi....!”
“Mu ni tak habis-habis dengan wahabi... mu dengarlah dulu aku cerita... kang aku lempang kang jenuh mu kutip gigi atas riba karang...!” Jusoh menyumpah, tapi dalam hati je lah.
“Yang mu baca tu riwayat puak syiah...! Tak kisah lah mu nak panggil nama apa pun, tapi watak itu memang wujud dalam sejarah Islam, dan watak itu memainkan peranan yang sangat besar dalam mengubah perjalanan sejarah dunia umat Islam... Dia ni orang Yahudi, dari San’a Yaman... mari ke Madinah tahun 29 Hijrah... masuk Islam... sangat zuhud dan kuat ibadat, kononnya... banyak masanya dihabiskan dalam Masjid Nabi.... tahun 30 Hijrah, dia start berjalan nak melawat wilayah-wilayah Islam di luar semenanjung Arab... mula-mula dia gi ke Mesir... lepas tu dia masuk Irak, dan Iran. Dia lawat bandar-bandar penting. Ramai penduduk yang hormat dan kagum dengan dia, sebab zuhud bukan main! Dia sempat masuk ke Syria sekejap, tak dang lama kena hambat dengan Mu’awiyah.... sebab tu Mang, kalu mu tengok, pasukan pemberontak yang datang ke Madinah dan bunuh Usman tu, tak ada pasukan dari Syria...!”
“Apa isi ajaran dia, yang menyebabkan mu kata dia pengasas Syi’ah...?”
“Ok, mu tahu penduduk Iran dan Iraq, mereka tu orang Parsi, bukan orang Arab...! Asalnya mereka agama Majusi, sembah api. Penduduk Mesir bangsa Qibti, agama Kristian. Mereka masuk Islam lepas kalah perang. Mereka tak sempat jumpa Nabi. Mereka kalah ditangan sahabat Nabi dan para tabi’in... Abdullah bin Sabak tahu hal itu... dia mula menyampaikan ajaran sesatnya secara halus... kononnya dalam diri Ali dan keturunan anaknya Husin, telah bercampur darah keturunan kisra Parsi dan darah Nabi Muhammad melalui salasilah ibu... Inilah ajaran pertama yang paling asas menjadi pegangan penganut Syiah..!!! Dia mengatakan, kononnya semua Nabi mempunyai wasi, iaitu orang yang diwasiatkan untuk menggantikan Nabi... Wasi Nabi Muhammad ialah Ali... Abu Bakar dan Umar telah merampas hak Ali... dan kononnya Usman lebih melampau, kerana merampas jawatan Imam dari Ali, bahkan teklah melantik ahli keluarga untuk semua jawatan penting...! Ibnu Sabak ni mengajar penduduk Mesir, Iran, dan Iraq, kononnya Ali adalah makhluk yang paling mulia dan paling suci selepas Nabi Muhammad. Ali maksum dan terpelihara dari semua dosa, kerana kononnya Ali bukan manusia biasa, dia adalah titisan Zat Ilahi yang bersemayam dalam tubuhnya... Kononnya bila Ali buka pintu benteng kota Khaibar tahun 5 Hijrah dulu, Ali cekah dengan tangan je. Kononya Ali sendiri yang kata, Demi Allah, aku robekkan pintu benteng Khaibar tu bukan dengan tenaga jasmani, bukan dengan gerak kekuatan Hayati, tetapi dengan Kudrat Ilahi yang ada pada diri aku...! Kononnya, Mang! Ajaran ini yang orang syi’ah percaya sampai sekarang, kononnya Ali tak mati, tapi naik ke langit... kononnya suruh guruh bunyi cemeti Ali pukul setan, petir tu suara setan melolong kena libas, konon kilat tu cahaya lampu Ali nak suluh iblis...! Ini semua ajaran karut Syiah lah Semang!”
“Iran dan Iraq memang orang Parsi... tapi di Mesir orang Qibti... mereka bukan asal agama Majusi...! Mereka tak ada kena-mengena denga kisra Parsi, macam mana mereka boleh terpengaruh....?”
“Di Mesir lain pulak ceritanya, Mang... Abdullah bin Sabak tahu orang Qibti asalnya dulu agama Kristian... lepas Amru al-As tawan, baru masuk Islam. Dia kata, Isa Al-Masih itu adalah Jesus, akan datang semula sebelum dunia Kiamat, untuk memusnahkan kezaliman dan mendirikan kerajaan Ilahi yang penuh keadilan....! Dia berfalsafah lagi untuk menimbulkan keraguan orang Islam di Mesir, kononnya jika Al-Masih akan datang kembali, takkanlah Nabi Muhammad tak datang? Itu dah membohongi kepercayaan sendiri bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul terakhir....??!! Mu tahu Mang... kedatangan kembali atau Al Ruj’at itulah yang masih menjadi prinsip keyakinan penganut Syi’ah sekarang, tetapi dikenakan bukan kepada Nabi Isa atau Nabi Muhammad, tapi terhadap Imam Mahadi..!!!”
Rosman meneguk air liur pahit dari tekak yang kering.
“Dari dia ni lah lahir puak pemberontak... puak pemberontak ini yang membunuh Usman... puak pemberontak ini yang memaksa Ali terlibat dalam Perang Jamal... puak pemberontak ini yang membunuh Zubir bin Awwam dan Talhah bin Ubaidillah.... Puak pemberontak ini yang kata Ummul Mukminin Aisyah kafir... Puak pemberontak ini yang terlibat dalam Perang Siffin... dari puak pemberontak ini lahirnya kumpulan serpihan, iaitu golongan Khawarij... dan puak Khawarij inilah yang bunuh Ali... lepas Mu’awiyah menjadi Khalifah dan memindahkan pusat pemerintahan dari Kufah ke Damaskus (sebelumnya Ali memindahkan pusat pemerintahan dari Madinah ke Kufah), maka puak pemberontak itulah yang terus kekal akhirnya menjadi golongan Syiah, yang asalnya hanya firqah politik, akhirnya berkembang menjadi Mazhab Agama dengan ajaran yang mirip dengan ajaran Agama Islam, tetapi sebenarnya ia bercanggah dengan pegangan dan kepercayaan umat Islam ahli sunnah wal jamaah...!!”
Mata Rosman terkebil-kebil. Tak tahu samada dia diam kerana bersetuju dengan cerita Jusoh, atau diam sebab tengah fikir apa lagi point nak pangkah hujah Jusoh. Mereka dah nak sampai tol Gambang. Rosman moyok macam katak kesejukan tengah hujan...
“Di pihak Mu’awiyah di Syria pulak... mu kena faham situasi masa tu, Mang... orang Madinah berasa tidak selamat... Walaupun Ali jadi Khalifah, tapi pasukan pemberontak yang membunuh Usman turut berada dalam pasukan tentera Madinah... ramai penduduk Madinah dari keluarga Muhajirin terpaksa lari berpindah ke Syria berlindung di belakang kekuasaan Mu’awiyah... Tindakan Mu’awiyah mempamerkan jubah Usman dan Qur’an yang berlumuran darah atas mimbar Masjid Raya di Damaskus telah membangkitkan perasaan marah yang tidak terkira kepada seluruh penduduk Syria kepada para pembunuh Usman bin Affan... Panjang kalu nak cerita, Mang...kalu mu faham punca dan kaitan antara satu kejadian dengan peristiwa yang lain yang berlaku masa tu, baru mu tahu Syiah tu apa, Khawarij tu apa, siapa yang bunuh Ali, siapa yang bunuh Husin..... nanti aku sambung.”
Demikian adanya.
Bersambung.

Friday, May 20, 2011
Hati si Jusoh: episod 14
Tiga vs Dua Puluh?
Dapat kepada Hasan…! (Penonton bersorak riuh damat)... Masih lagi Hasan…! Cocok Hasan….! (Pengulas cemas... hilang suara sekejap)… Hasan Sani kepada Jusoh…!!.... Jusoh menggelicik... Goooool! Goool!!!..... Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik…
“Mu kata tak payah belajar Sifat 20, nanti kalu anak kita tanya, Allah tu siapa.... kita nak jawab apa, Soh?”
Kalau lah tidak kerana terkanjal dengan soalan bodo dari Rosman, Jusoh masih lagi hanyut dalam angan-angan yang paling bangang dalam dunia itu. Mereka dalam perjalanan dari Kuantan ke Jerantut. Lalu jalan lama Kuantan–Temerloh…. Seperti adat kebiasaan yang telah diamalkan sejak turun temurun, Jusoh jadi drebar dan Rosman jadi kelindan.
“Jawab je lah... Tuhan! Apa yang susah sangatnya? Nak jawab soalan anak macam tu pun nak kena mengaji sampai lima enam tahun ke?”
Mujur jugak ada soalan lawak yang tak kelakar langsung macam tu dari Rosman, kalau tidak, nescaya Jusoh akan terus tenggelam dalam angan-angannya tadi… agaknya Jusoh dah sampai ke England dah… mungkin tengah lepak sambil minum dan borak-borak dengan Van Persie lepas berlatih... atau barangkali Jusoh dah jadi coach Barcelona tengah melatih Iniesta, Xavi, Puyol, Pique, David Villa, Pedro, Messi, nurse, doktor, dressar....
“Itulah sebabnya kita wajib belajar Sifat 20, Soh...! kalu tidak, sampai bila-bila pun kita tak akan kenal Tuhan...! Macam mana kita nak rasa kebesaran Allah dan merasai hidup bertuhan, kalau kita tak kenal Tuhan? Macam mana kita nak kenal Tuhan kalau kita tak kenal diri sendiri? Macam mana kita nak tahu semua tu kalau kita menolak ajaran Sifat 20? Mu kena tahu, Soh... golongan yang paling ramai sesat pada hari ini ialah puak Mujassimah, iaitu puak yang mengatakan Allah berjisim, dan satu lagi puak Musyabbihah, puak yang mengatakan Allah menyerupai makhluk. Puak Wahabi terang-terang telah menyamakan Allah dengan makhluk! Mu tahu dok... Puak Musyabbihah dan Mujassimah itu adalah KAFIR!!! Mu tak takut ke kalau termasuk dalam puak-puak ni, Jusoh?”
Jusoh geli geleman rasa loya nak muntah bila dengar Rosman mula berfalsafah entah apa-apa tu... bosan! Siap jatuh hukum kafir tu...! Orang Tranung kata, rasa lugar nak jeluak...!
Jalan lengang. Tak banyak kereta yang lalu lalang. Pembinaan lebuhraya oleh wakil rakyat Barisan Nasional benar-benar telah mengubah sikap kedekut pahit rayat Malaysia bertukar menjadi insan yang pemurah hati dan tidak segan-segan menghulurkan duit kepada tukang jaga tol, walaupun derma ikhlas itu disusuli dengan bibir muncong macam patin sungai, paling koman pun muka macam tapai tak cukup ragi, tak berapa nak manis! Barangkali itulah manafaat yang tersirat hasil kebijaksanaan dan hasrat murni Perdana Menteri kesayangan ramai rakyat Malaysia. Jasa isterinya juga tidak terkira besarnya dalam menyumbang ke arah kemajuan negara dan kemakmuran rakyat, selain meningkatkan ekonomi sendiri.
“Mu bercakap biar gak logik sikit, Semang...! Anak cuma tanya siapa Allah je... kata lah anak baru umur 6 tahun... baru sekolah tadika... belajar Qur’an pun baru Iqra’ 3... Habis tinggi pun dia tanya, Allah duduk mana... itu je...! Takkanlah nak jawab kat budak 6 tahun, owh nak rasa hidup bertuhan...! owh kena kenal diri sendiri...! owh siapa yang tak kenal diri sendiri maka dia tak kenal Tuhan...! owh wajib belajar sifat 20...! owh mujassimah...! owh musyabbihah...! wujud ertinya ada lawan tiada...! owh Allah tidak berjisim...! owh apa makna jisim...! owh ayah pun tak tahu...! Aku rasa Lah Mang, kalu jawab gitu ke anak, mahu hilang mata hitam budak tu, mata putih je yang timbul kelip pah kelip pah... pening! Kalu dok pun, anak tanya dalam hati, bapak aku ni betul ke dok betul? Apa benda lah mu, Semang! Masa anak aku sekolah tadika, aku tak dang cerita lagi, dia yang bagitahu dulu, Allah atas langit! Takdok sapa ajar pun... itu fitrah seorang budak-budak, Mang! Islam agama fitrah! Mu nak gi reka falsafah yang bercanggah dengan naluri dan fitrah, untuk apa? Apa tujuan? Apa untung yang mu dapat...? Takdok benda lain dah ke mu nak cerita dalam agama ni?”
Kalau tadinya Rosman rasa bangga sampai hidung kembang kempis susah nak control, tak ubah macam hidung Dato’ tua bila awek muda umur 23 tahun buat-buat puji kereta mercedez dia lawa... tapi kini Rosman tersentak dan giginya pucat bila dengar Jusoh meninggikan suara sambil mentadikakan hujahnya. Rosman terkejut sungguh. Muka pun dah jadi macam Dato’ tua yang baru balik rumah pagi-pagi buta, tiba-tiba ternampak mak datin keluar dari bilik tukang kebun warga Bangladesh sambil memeluk bantal!
“Ini soal akidah, Jusoh... Mana boleh kata Allah duduk atas langit..? Itu sama dengan puak mujassimah, menyamakan Allah dengan makhluk... sebab langit tu makhluk... takkan Allah yang jadikan langit, Allah nak duduk atas langit pulak?”
Jusoh malas nak melayan. Biarlah orang nak kata dia kedekut pun tapi Jusoh tetap nak lalu ikut jalan lama. Dah lama tak lalu. Sebenarnya selama ni Jusoh sendiri pun dah banyak menyumbang untuk menolong memperkayakan tauke highway di Malaysia. Tapi hari ini... barangkali Jusoh nak latih diri untuk mula menjadi seorang yang pandai berjimat cermat. Agaknyalah. Ya lah, kalau lalu highway Pantai Timur, masuk tol Gambang keluar tol Chenor, kena bayar RM9.50, kalau pergi balik dah boleh jimat RM19... kalau 10 kali pergi, RM190... kalau 100 kali, bukan ke RM1,900? Bayangkan kalau 4000 kali..? Senang-senang duit tol tu boleh buat tambang gi Umrah, siap dengan pakej ziarah ke Jordan! Jusoh berkira-kira macam ahli direct selling CNI yang tengah kempen ahli baru untuk melayakkan dia naik pangkat jadi supervisor.
“Dah tu, aku nak kata Tuhan duduk mana....?” Jusoh buat-buat bengong dengan suara yang boring gila...!
“Tuhan ada di mana-mana...!” Jawab Rosman dengan fasih, sambil cari penyakit.
Sampai sekarang Jusoh tak faham pasal apa tempat exit keluar nak ke Jengka tu diberi nama Persimpangan Chenor... padahal tak ada kena-mengena langsung dengan kampung Chenor pun! Jauh sungguh. Kalau berjalan kaki, mahu dua tiga hari baru sampai... kalau banyak berhenti dari berjalan. Satu alasan yang boleh diterima akal ialah, masa highway tu siap dulu, DUN Jengka dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya. Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang jadi wakil rakyat di situ. Barangkali itulah sebabnya kerajaan tak nak letak nama Jengka pada tempat kutip tol. Takut PAS ada bela hantu raya! Bertuah sungguh pengundi DUN Chenor yang berwakil-rakyatkan UMNO. Nama kampung Chenor tertulis pada tempat kutip tol highway Pantai Timur! Bangga sungguh penduduk Chenor mempunyai seorang wakil rakyat yang begitu berjasa sekali dalam memartabatkan nama kampung Chenor, walaupun kalau sekali pandang, dia takdok gaya Yang Berhormat langsung... mungkin lebih sesuai untuk jadi pelakon filem Melayu, menggantikan watak Saleh Kamil atau Omar Rojik, atau pun Sharif Dol, samseng Kampung Dusun. Barangkali!
“Kalu anak tanya lagi... di mana-mana tu di mana? Kat Penang ada Tuhan? Terengganu ada Tuhan? Selangor ada Tuhan? Gong Pasir ada Tuhan? Kampung Che Lijah ada Tuhan? Pulau Kerengga ada Tuhan? Kampung Gong Nangka ada Tuhan? Last-last kalu anak tanya lagi, Tuhan ada berapa orang, aku nak jawab apa? Budak kecik, Mang! dia bukan tahu apa... naluri dia rasa nak tahu, dia tanya...! Silap-silap dia tanya, dalam jamban ada Tuhan? Dalam taik lembu ada Tuhan? Nak jawab mende?” Jusoh buat-buat tanya soalan bangang.
“Soh, mu dengar aku kata dulu... Allah Taala tidak berada di tempat tertentu! sama ada atas ke... bawah ke... kiri ke... kanan ke... depan ke.. atau belakang ke! Tetapi itu bukanlah bermakna Allah Taala itu ‘ma’dum‘, iaitu ‘yang ditiadakan’, kerana Allah telah sedia ada wujud dengan zat-Nya. Dan juga Allah Taala tidak berada di semua tempat!” Rosman cuiba bersyarah....
”Kalu ikut je apa yang Qur’an bagitahu, yang Hadis bagitahu, kan senang? Allah duduk atas langit....! Apa yang susahnya? Budak kecik pun boleh faham, anak pun tak payah lagi nak soal lebih-lebih....! Habis bodoh pun anak tanya, langit tu tinggi tak... tinggi mana? Jawab je lah tinggi tinggi tinggi yang habis tinggi... Yang mu sampai bersusah payah nak memperjuangkan Tuhan ada di mana-mana, apa definasi langit, berjisim tidak berjirim, berjirim tapi tak ada zat... pasal apa? Mu ingat itu ke akidah Islam, Mang? Mu ingat Nabi dan sahabat kena halau dari Mekah, lari ke Madinah, bergabung dengan orang Madinah untuk berperang balik dengan saudara mara sendiri di Mekah... mu ingat Nabi berjuang untuk mempertahankan ‘Allah ada di mana-mana’ atau ‘Allah wujud tidak bertempat’ ke? Itu semua tak ada kena-mengena langsung dengan perjuangan Nabi, Mang!!!” Jusoh mula nak bongkar.
“Apa saja hujah mu tak ada nilai, Soh... selagi mu masih berpegang Allah duduk atas langit..! Itu akidah mujassimah yang kafir? Akidah Islam ialah Allah itu wujud tanpa bertempat! Kerana Allah Taala tidak memerlukan tempat, padahal langit itu ialah tempat. Yang memerlukan tempat ialah makhluk. Allah yang menciptakan tempat, maka tempat adalah makhluk. Allah Taala tidak memerlukan apa-apa daripada makhluk dan tidak bergantung kepada makhluk walau sikit pun!”
Dah lepas Maran. Depan tu simpang ke Jerantut, kalu nak lalu ikut Tong Kiat dan Felda Ulu Jempol. Tapi Jusoh nak masuk simpang Kampung Awah, lalu ikut Bandar Pusat. Dulu di Bandar Pusat ada satu kedai makan yang femes, orang panggil ‘kedai bini muda’... Jusoh fikir kedai tu mesti ramai mek siam, atau janda, atau anak dara comei-comei... rupa-rupanya, ceh! Suami kakak tuan kedai tu nama Muda!
“Mang, ok aku nak tanya... mu berdoa tadah tangan ke mana? Pasal apa mu tadah ke atas? Mu berdoa tu mu nak mintak dari siapa? Mu yang bermati-matian mempertahankan Allah ada di mana-mana, tapi wujud tidak bertempat, tidak di kiri kanan belakang depan.... tapi bila tadah doa angkat tangan ke atas bukan main tinggi macam nak sambut pahala jatuh dari langit! Pasal apa?”
Lepas masuk simpang kat Felda Kampung Awah, jalan banyak selekoh. Rosman yang jadi kelindan pun turut ambik kesempatan untuk konar sekali...
“Kalu gitu, Sifat 20 tu ajaran salah lah? Semua orang yang berpegang dengan Tauhid 20 tu sesat lah? Boleh ke kita terima penyesatan ini yang melibatkan nenek moyang kita, para ulama kita dan majoriti umat Islam di Asia Tenggara?”
Ceh! Asia Tenggara tu... apa tak cakap seluruh rantau Asia Pacific ke, Pertubuhan negara Pengeluar Minyak ke....
“Aku tanya pasal apa mu doa tadah tangan ke atas, mu tak jawab... mu tanya aku balik orang belajar sifat 20 sesat ke tidak.... ungkit sampai ke nenek moyang... apa benda lah mu Semang! Pasal apa dalam kitab semua sebut ‘Qur’an diturunkan’... kalau diturunkan, maknanya dari mana? Dari atas lah ngok! Pasal apa selalu disebut Allah menurunkan RahmatNya... menurunkan dari mana? Dari kiri kanan? Pasal apa disebutkan Allah turun ke langit dunia...? Kalu turun maknanya dari atas, kalu dari depan atau belakang orang tak sebut turun, itu disebut panjat!” Jusoh memperlekehkan Rosman, yang memang telah lama selekeh.
“Jadi... mu tetap menafikan sifat Wajib Allah yang terkandung dalam ajaran Sifat 20? Mu sedar tak Jusoh... Kalu menentang ajaran sifat 20, makna kita telah menolak ulama’ dahulu seperti Syeikh Daud Fatani yang mengarang kitab kuning! Kalu kita rasa diri kita dah pandai sangat, karanglah satu kaedah baru bagaimana nak mengenal Allah, tulislah kitab-kitab usuluddin biar orang ramai buleh mengaji....!” Rosman tidak mudah menyerah kalah. Macam hero Hindustan, biasanya kena dulu balas kemudian... tapi Rosman ni tak tahu hero apa... kena belasah dari awal sampai tamat cerita...!
“Kitab kuning pulak dah!.... Mu warna kitab pun jadi masalah ke..? Kalu aku mengaji kitab biru ke kitab hijau ke, tak boleh? Berapa juta orang dalam dunia ni yang tak pernah kenal kitab kuning... apa semua tu mujassimah ke?” Dalam hati Jusoh, aku tinggal Rosman tepi ladang sawit ni, suruh balik tumpang lori minyak, baru padan muka!
“Pendapat ulama ahli sunnah dari dulu sampai sekarang mengatakan jika kita memahami 20 sifat wajib dan 20 sifat mustahil dan 1 sifat harus bagi Allah, itu sudah cukup untuk makrifatullah bagi kita orang biasa. Bagi orang yang berada di maqam yang lebih tinggi seperti maqam fana’ mereka tidak memerlukan sifat 20 sebab golongan ini telah mengenali Allah lebih dalam dari itu. Kita kena sedar kita ni di maqam mana, Jusoh!” Rosman masih tak puas hati.
“Huh, karang belum balik kita gi makan kedai dekat stesen ESSO, ikan patin buah masak tempoyak...! peeergh, ikan pekasam...” Jusoh cuba menukar tajuk, untuk bagi hint kepada Rosman, bahawa falsampah yang Rosman syarahkan itu, boring nak mampus!
Rupa-rupanya... baru Jusoh tahu bahawasanya Rosman ni tergolong dalam kalangan manusia yang memang bodoh nak mampus!
Rosman menyambung, “Cara nak buat ibadah dibincang dalam ilmu feqah… cara nak mengenal sifat tuhan, kenabian, sam’iyat dalam ilmu tauhid, cara nak baiki hati, taubat, sifat mazmumah dan mahmudah di bincang dalam ilmu tasauf... setiap bidang dah ada sudut perbahasannya.. ulama dah bahagi siap.. tugas kita kena belajar je… Kalau ikut cara wahabi, memang huru haralah... cara nak solat, nak tayammum pun bincang dalam ilmu tauhid jugak…!” Rosman terbabas makin jauh.
“Eh Mang, mu tahu kisah Lukman Hakim... apa yang aku dengar, Lukman Hakim dan bercerai dengan bini dia Abby Abadi... Hari tu kecoh Lukman Hakim kena tangkap basah dengan Memey...!”
Tak pasti samada Rosman sengaja buat-buat tak faham yang Jusoh meluat dengar dia bersyarah, atau pun dia memang betul-betul bodoh dan perasan ingat Jusoh tak mampu jawab hujah dia.
“Bagi aku, inilah kesilapan besar umat Islam zaman sekarang dalam pencarian Tauhid mereka. Akibatnya mereka sendiri tidak mengenal Zat Tuhan mereka. mereka hanya menerima kalimat-kalimat al-Quran tentang ALLah Taala macam burung kakak tua! Aku tak kata setiap ayat Quran itu mesti dibahas sebelum dipegang dan diamalkan, tapi Quran bukanlah statik semuanya. Sami’na wa atho’na ada tempatnya yang khusus dan perbahasan adalah melalui pencarian kebenaran kepada perkara yang diperselisihkan dan dalam pencarian hikmah. Pasal apa umat Islam jadi jahil dengan Tuhan mereka sendiri? Di sinilah letaknya kesilapan ulama’ yang gagal memberikan kefahaman Tuhan kepada semua orang awam...”
Rosman rasa ada harapan buleh menang hari ni... Sebelum ni asyik kena belasah je, bila lagi nak merasa belasah Jusoh pulak...!
Jusoh rilek jap, tarik nafas... kemudian mula berkata, “Semang, mu dengar aku nak cerita pulak... Tujuan utama belajar Ilmu Tauhid atau Aqidah ialah untuk mengetahui bagaimana kita hendak mentauhidkan Allah dan nak tahu setiap perkara yang berkaitan dengan Rukun Iman! Kalu seseorang itu boleh kenal Allah dan Nabi tanpa perlu melalui pelajaran Sifat 20, tak apa lah dia tak belajar ikut cara tu. Untuk nak kenal Allah dan Nabi, tidak semestinya wajib belajar Sifat 20 atau dengan menghafal teori-teori Mantiq dan Falsafah! Para Sahabat Nabi, Para Imam Mujtahidin, dan Para Salafus Solihin, semuanya tak belajar Tauhid Sifat 20 ni! La Ilaha Illallah... tiada Tuhan selain Allah ialah bahagian pertama daripada kalimah pengakuan keimanan. Ia bermaksud tiada sesuatu pun yang patut disembah melainkan Allah. Muhammad Rasulullah adalah bahagian kedua. Maksudnya, pengabdian kepada Allah mesti dilakukan berdasarkan ajaran dan cara yang ditunjuk-ajar oleh Rasulullah SAW! Itulah Tauhid yang utama! Aku berpegang... mentauhidkan Allah dengan makna yang sebenarnya hendaklah merangkumi tiga perkara iaitu Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, dan Asma was-Sifat! Orang tareqat panggil Tauhid 3 Serangkai! Aku mengaji aqidah atau tauhid berdasarkan nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya! Itulah Tauhid Asma’ Wassifat! Bagi aku, kaedah ini lebih baik dan aku lebih yakin kerana ia diambil terus daripada Qur’an dan Sunnah Nabi SAW! Ia tidak dihidangkan dalam bentuk ilmu falasafah, berteka-teki, berteori itu ini begitu begini, dan tidak dikaitkan dengan sebarang amalan mistik, kebatinan yang khurafat lagi tahyul serta syirik!! Tauhid Rububiyah ialah mengaku hanya Allah yang mencipta dan menguruskan seluruh alam... Tauhid Uluhiyah ialah mengaku Allah itu Esa dan segala ibadah hanya untuk Allah semata-mata.... Tauhid Asma was-Sifat ialah mengakui dan meyakini segala nama dan sifat Allah tidak sama dengan makhluk sedikit pun! Acu mu kabo tang mana yang sesatnya, Semang? Tunjukkan mana yang Mujassimahnya? Orang yang taksub gila babi buta pekak badak dengan Sifat 20, mereka akan kata orang Tauhid 3 Serangkai sesat... dia bukan faham pun! Tapi biasanya orang yang pegang Tauhid Asma’ was-Sifat, mereka tahu Sifat 20! Aku tahu, kalau ikut ilmu kalam Tauhid Sifat 20, ada Sifat Nafsiah iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu. Sifat ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat. Menurut Jumhur Ulama' sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan menunjukkan kepada perkara yang menumpang pada zat. Sifat `Wujud' dikatakan Sifat Nafsiah ertinya, wujud itu bukan merupakan sifat yang menumpang atau menempel pada Zat Allah akan tetapi Zat Allah itu dengan sendirinya kewujudan Allah. Ataupun Zat Allah dengan Wujud Allah tidak dapat dipisahkan. Berbeza dengan Sifat Ma'ani seperti Ilmu, kerana sifat ini merupakan sifat yang menempel pada Zat Allah. Ertinya sifat Ilmu itu terpisah dengan Zat Allah. Sebab Allah mengetahui sesuatu dengan Ilmu-Nya, bukan dengan Zat-Nya. Hanya sifat `wujud' sahaja yang termasuk dalam Sifat Nafsiah... aku tahu semua tu, Mang! dan aku tak kata salah pun, tapi aku ni graduate universiti macam mu jugak... aku nak hafal dan nak fahamkan falsafah tu, sampai mengigau bercakap sorang-sorang tengah malam! Mu nak suruh aku ajar anak aku benda gitu? Mu ingat Islam ni diturunkan untuk orang cerdik saja ke? Mu ingat orang yang pakar dalam bahasa saja yang layak belajar ilmu Tauhid? Kalau ilmu Tauhid sesusah itu, apa nasib orang kelaut yang tak reti baca? Apa nasib orang yang SPM gred 9? Apakah mereka tak layak belajar ilmu Tauhid, sebab susah nak faham?”
Ambik nak! Kata dah, jangan cari penyakit....! Rosman ternganga, tak tahu nak cakap apa. Cuma sesekali dia terbatuk... bunyi macam itik kena pijak. Dah sampai Kota Gelangi. Perut Jusoh dah bagi isyarat, loceng makan. Jusoh ada angin medu. Tak buleh lewat makan. Perut mudah masuk angin. Sekali Jusoh sendawa, eeeeeerkrkk... bunyi sebijik macam kambing nak beranak.
Demikian adanya.
Bersambung...

Saturday, May 14, 2011
Hati si Jusoh: episod 13
Abu Jahal Pun Tahu Allah Ada
“Ok lah, aku buleh terima kalu mu kata mu bukan wahabbi, Soh... Tapi mu kena mengaku pemahaman mu tentang Agama sebenarnya banyak dipengaruhi oleh fahaman WAHABBI.....!” Rosman sengaja menekankan perkataan ‘wahabbi’ sampai terbalik bibir, tak ubah macam orang asli yang alergik kerana tersilap makan buah kelubi, sebab disangka buah salak.
“WAHABBI memang aku tak tahu, tapi kalu WAHHABI, pernah lah aku dengar....!” Jusoh cuba menukar rentak permainan dengan membuat drop-shot dan mengajak Rosman bermain di depan jaring, berbeza dengan game sebelumnya di mana Jusoh banyak melakukan back-hand smash dan pukulan pancung.
“Tak kisah lah...! Sebutan tak penting, yang pentingnya.........!” Rosman cuba membalas pukulan, tetapi hampir tersangkut....
“Yang pentingnya ada bunyi BI kat belakang... kan? Mu duk ingat Wahabi ni memberi makna yang buruk sebab bunyi dekat-dekat dengan BABI, gitu....?” Melihat Rosman menggelupur cuba menangkis pukulan, Jusoh terus smash, shuttle tak jatuh dalam court, tapi tepat kena atas batang hidung Rosman.
Rosman agak terkanjal, “er... ish, aku tak kata gitu...! Apa main sebut babi ni, Soh...! kasar sangat tu, sebutlah khinzir...” Rosman cuba menenangkan nafasnya yg termengah lalu keluar mengesat peluh dengan tuala good morning, dan buat-buat tukar shuttle untuk melambat-lambatkan permainan.
“Mu tahu apa maksud gelaran wahabi?” Jusoh melakukan servis panjang dengan membuat pukulan ke base-line.
“Penisbahan kepada nama Wahab lah...! Ayah kepada Muham.....!” Rosman cuba mengajak Jusoh bermain rally.
“Tukang kebun sekolah pun nama Pak Wahab.... anak dia ada 9 orang... semua anak dia wahabi lah..?” Jusoh menerkam terus smash memaksa Rosman menahan shuttle dengan dada, tak sempat nak kilas. Tapi raket Jusoh pulak terkena net, batal! Mata percuma untuk Rosman.
“Er... Mu jangan main konar gitu, Soh...! Ini perkara serius...! Ulamak yang kata, wahabi telah terkeluar dari ahli ahli sunnah wal jamaah...!” Rosman melakukan servis kuda.
“Ok, aku tak nak tanya ulamak mana yang kata... tapi aku nak kabo ke mu, kalau pun betul ada golongan yang mu gelar wahabi tu, gelaran itu dinisbahkan kepada al-Wahhab... satu gelaran yang membawa makna yang baik.....!” Jusoh membalas dengan tenang.
“Hahaha...! baik? Baik ikut celah mana, Soh...? Semua ustaz kata wahabi tu sesat...!” Rosman bukan lagi melepaskan batuk di tangga, tapi telah melepaskan kentut dalam lif.
“Mu tak tahu ke, Al-Wahhab itu salah satu Asma’ al-Husna Allah....? Kalau ya pun itu golongan sesat, pasal apa disandarkan gelaran itu atas nama Allah?” Jusoh melakukan rejaman.
“Er... er... eh, itu salah orang wahabi sendiri, mereka yang menyalahgunakan nama Allah...!” Rosman berpusing-pusing macam orang hilang punca.
“Golongan yang mempertahankan sunnah dan menolak bid’ah, tidak pernah mengaku mereka golongan wahabi... kalau ada pun, mereka mengaku sebagai salafi.... Puak-puak anti sunnah yang gelar mereka wahabi...! Puak-puak Melayu yang mempertahankan amalan bid’ah inilah yang duk meraung satu dunia kononnya wahabi ni buruk dan jijik, mungkin sebab nama tu bunyi macam babi...!” Kalau dulu, bila sebut wahabi, muka Jusoh jadi macam ikan kerapu masak sweet sour, masam-masam manis, tapi sekarang dah jadi macam buah katak puru, masam-masam kelat.
“Tak kira lah nama apa pun, wahabi ke, salafi ke.... itu golongan yang sesat dan menyesatkan...!”
“Mang, aku nak kabo ke mung.... aku bukanlah orang alim... kalu nak ukur dari segi ilmu agama, aku mengaku, aku lebih jahil dari mu... Tetapi, aku tetap pertahankan Qur’an dan Sunnah Nabi, samada mu nak gelar wahabi ke, babi ke, gajah ke, rimau ke... aku tetap menolak segala bentuk syirik, bid’ah, tahyul, dan khurafat dalam Agama!!! Iman dalam dada aku, hanya aku dan Allah yang tahu... walau betul walau salah, aku yang akan menjawab sendiri depan Tuhan nanti... bukan tugas mu untuk nak tentukan akidah aku... baik mu jaga akidah mu sendiri daripada duk menyibuk nak siasat iman dalam dada orang lain!”
“Sunnah apa yang mu nak pertahankan Soh...? Cakap memang senang, sikit-sikit Qur’an dan Sunnah... sikit-sikit, itu bid’ah ini khurafat...! Konon! Tapi masih pegang dengan akidah sesat wahabi...!”
“Dari dulu mu kata wahabi sesat akidah, tapi bila aku tanya apa benda yang sesat...? Mu duk ungkit pasal tak baca wirid sama dengan tok imam lepas sembahyang....! Tak pergi kenduri tahlil orang mati...! Tak berarak Maulud...! Tak kacau bubur sura....!. Tak baca Yasin malam Jumaat...! Tak sambut maal Hijrah...! Tak baca doa malam Nisfu Sya’ban...! Apa benda ni Semang? Ini bukan akidah! Ini cuma perkara khilafiyah dalam soal furuk saja... hanya perbezaan ijtihad di kalangan ulamak... ada ulamak kata sunat, ada ulamak kata tak sunat! Itu saja!! Kalau ya pun sunat, mu buatlah, dapat pahala ke mung! Tapi kalau orang lain tak nak buat, takkan boleh sesat akidah pulak? Nama pun sunat! Apa mu ingat kalau tinggal perkara sunat pun boleh jadi kafir ke? Mu kata aku fahaman wahabi, tapi mu sedar tak, pegangan mu ni lebih teruk dari Khawarij...!!!”
“Orang wahabi memang mudah tuduh orang macam-macam... tak cukup dengan bid’ah, khawarij pulak dah... Itu tuduhan yang berat tu, Soh!”
“Berat ke, berkarat ke.... aku peduli apa? Mu tahu dok, kalau ikut fahaman khawarij, tak ada istilah dosa bagi mereka... yang ada hanya Islam dan kafir sahaja! Sesiapa yg melakukan dosa, kafir! Kalu buat maksiat, kafir! Cakap bohong, kafir! Itu lah fahaman khawarij, Semang! Apa beza dengan puak-puak Melayu yang duk mewahabikan orang ni, Mang? Tak baca Qunut Subuh je, owh wahabi, sesat...! Nampak je orang baca Tahiyyat jari bergedik, owh wahabi, kafir! Tengok je orang tak baca lafaz niat Usolli, owh wahabi, rosak akidah! Tok Imam baca Bismillah secara sirr, owoh tok Imam wahabi, tak baca Bismillah, sembahyang tak sah! Hinggakan kalu jumpa orang tak sapu muka lepas bagi salam pun, owh wahabi ni... terkeluar dari ahli sunnah wal jamaah...! Apa punya kartun lah pemikiran mu ni Semang...?” .
“Er... er... ok lah... itu semua perkara khilaf dalam soal feqah... tapi sebenarnya aku kata wahabi ni menyimpang dari ajaran Islam sebab ada perkara lain yang lebih besar, maksud aku perkara khilaf dalam soal Akidah dan Tauhid....!” Rosman cuba menukar rentak.
“Khilaf hanya berlaku dalam soal furuk....!!! Dalam persoalan Tauhid tidak boleh ada khilaf!!!! Acu mu kabo apa benda pegangan golongan Sunnah yang menyimpang dari Akidah Islam?” Jusoh membentak dengan garang.
“Wahabi menolak pengajian Tauhid Sifat 20!”
“So...?”
“Itu yang aku kata orang wahabi berpegang kepada Akidah sesat...! Kita orang Melayu di Malaysia ialah ahli sunnah wal jamaah yang bertaqlid kepada Mazhab Syafie, wajib berpegang kepada Tauhid Sifat 20..! Sesiapa yang menolak Sifat 20, dia telah terkeluar dari ahli sunnah wal jamaah, maknanya telah kafir! Itulah wahabi, kalu mu nak tahu, Jusoh!!”
“Aku tak pernah jumpa orang tolak Tauhid Sifat 20.... aku sendiri tak pernah tolak Sifat 20... mu pernah jumpa ke? Mu nampak kat mana? Macam mana cara dia tolak...?”
“Orang wahabi memperlekehkan pengajian Sifat 20, padahal itu pengajian bab Tauhid, bab Akidah....! Aku nak tanya, mu sendiri belajar Sifat 20 kat mana, Soh...?”
“Entah... lupa dah... masa kecik-kecik dulu ada pernah dengar sekali lalu gitu je... kenapa? Apa masalahnya?”
“Ini masalah Akidah.... cara mu memperlekeh tu, maknanya menolak lah tu...!”
“Lepas tu...? Tak pasal-pasal aku jadi kafir...? Gitu?”
“Ini perkara serius, Jusoh...!”
“Ok, oleh sebab mu kata serius... sebab mu kata ini soal Akidah... aku nak tanya mu.... Pengajian Sifat 20 tu apa...?”
“Haa tengok? Tadi mu kata tak pernah tolak Sifat 20, tapi sekarang mu tanya pulak pengajian Sifat 20 tu apa...! Mu ni memang suka main-main soal agama Soh...! Memang perangai orang wahabi....!”
“Hahaha..! Aku tanya sebab aku tak tahu... sebab tu aku kata aku tak pernah tolak... nak tolak macam mana, benda yang aku tak tahu...?” Benar kata cikgu Arie, kawan Jusoh yang duduk di Sabah nun... kalau Rosman pandai dalam Silat Cekak Hanafi dan Silat Sendeng Dua Beradik, pernah terima ijazah dari tok guru silat, tapi Jusoh memang pandai dalam bersilat bahasa, walaupun tak pernah terima ijazah dalam bidang itu. Jusoh tak pandai silat pulut, hanya tahu silat mulut.
“Orang Islam wajib tahu dan wajib beriman dengan sifat-sifat Allah yang dua puluh tu... kalau tak tahu jugak, maknanya bukan orang Islam lah tu...! Kalu nak tahu kenalah belajar.... wajib menuntut ilmu dengan guru yang murshid...! Tak boleh belajar melalui buku, itu menuntut ilmu dengan setan namanya...!”
“Hahaha..! Buku istilah bahasa Melayu, Mang! Dalam bahasa Arab, namanya kitab... kalu gitu, ulamak yang tulis kitab semuanya setan lah...? Apakah kitab-kitab agama yang ada, haram untuk dibaca? Acu mu baca apa 20 sifat Allah yang mu kata wajib kena belajar tu...!”
“Yang pertama, Wujud, maksudnya Allah itu ada... Adanya Allah itu maknanya.......!”
“Ops cop! Kejap Mang.... itu pun nak kena belajar ke? Buleh aku tanya, sejak bila mu belajar Sifat 20?”
“Lepas balik oversea, aku mengaji bab sifat 20 dengan ustaz empat tahun lebih Soh...! dekat lima tahun....! Menadah kitab depan ustaz!” Jawab Rosman dengan bangga. Lubang hidungnya kembang sama besar dengan duit syiling 20 sen.
“Alhamdulillah, bagus lah tu... Habis tu, sebelum mengaji Sifat 20, mu tak tahu ke Allah ada? Dah bakpe, masa duduk Amerika mu ingat Allah takdok ke?”
“Er... Bukannya aku tak tahu, memang aku tahu Allah ada.... tapi hanya tahu melalui luaran saja, kita wajib belajar untuk lebih memahamkan lagi apa makna Allah tu ada.... macam ni lah... aku ambik contoh buah nyor, memang kita tahu dalam buah nyor ada minyak, tapi kalu tak mengaji, kita tahu ke minyak tu duduk kat mana? Itu yang kena belajar...!”
“Owh, yang mu kalut selama ni, duk kata wajib belajar, kalu tak belajar rosak akidah, kes nak tanak minyak nyor je? Habis orang yang pertama jumpa cara-cara nak dapatkan minyak dari buah nyor tu, dia belajar dengan siapa?”
“Mu memang pakar bab konar lah Soh... aku cuma bagi contoh saja...! Maksud aku, kita wajib belajar macam mana nak faham apa maksud Allah itu wujud, itu sifat wajib bagi Allah... Sifat mustahil bagi Allah pulak ialah lawan perkataan ‘ada’ tu... Maknanya, mustahil Allah tiada!
“Itu memang fitrah manusia lah Semang! Mu tahu ke apa makna fitrah? Masa Allah ciptakan manusia, Allah telah masukkan beberapa fitrah dalam diri manusia... iaitu perasaan semulajadi yang ada pada manusia, walau tak sekolah pun manusia memang ada perasaan itu, contohnya seorang ibu kasihkan anak, seorang anak sayangkan ibu, punya keinginan untuk berkahwin... itu fitrah manusia, Mang! Kalu nak belajar tak salah, tapi kalu tak mengaji pun, manusia memang dah ada perasaan itu... orang asli dalam hutan tak pernah pergi kursus kahwin pun, tapi bila kahwin dapat juga anak sampai 13 orang... berderet macam turus pagar...! Ibu ayam pun sayangkan anak yang baru menetas, anak kambing pun sayang kat ibu dia... bila masa kambing gi sekolah nya? Itulah fitrah namanya, Mang! Dan salah satu fitrah manusia ialah... manusia telah tahu akan kewujudan Allah! Tanpa belajar Sifat 20 pun, manusia memang tahu Allah ada... tak ada orang ajar pun, tahu sendiri je, Semang! Kalu mu tanya Tok Cai Siam pun dia mengaku Allah ada...”
“Ya lah, setakat tahu melalui luaran... tak cukup! Kita wajib belajar untuk memahamkan lagi....”
“Nak memahamkan macam mana lagi... Faham apa makna ‘ada’? Nak faham apa perkataan lawan bagi ada, jawapannya tiada? Itu matapelajaran Bahasa Malaysia sekolah menengah, Mang...! Apa kena-mengena dengan akidah! Takkanlah orang Islam yang tak pandai nak huraikan apa makna ‘ada’ boleh jadi sesat...? Kata nak cakap bab Akidah dan Tauhid Islam, tapi padan berbelit dengan falsafah bahasa Melayu je, apa benda ni Mang? Mu ingat Islam diturunkan khusus untuk orang Melayu saja ke? ”
“Aku dah kata mu memang wahabi... mu memang tolak Pengajian Tauhid Sifat 20...!”
“Aku tak tolak Sifat 20... aku cuma bangkang kaedah mu dalam memahami Tauhid...! Mu faham ke tidak apa tujuan Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai Rasul Allah..? Adakah sekadar untuk bagitahu manusia bahawa Allah itu wujud, atau sekadar untuk mengajar manusia apa makna ada? Sekadar nak ajar manusia perkataan lawan bagi ada ialah tiada? Tidak Mang! Sebelum Nabi lahir pun, orang Arab zaman jahiliyah dah tahu Allah ada...! Mereka dah mengerjakan umrah dan tawaf di Ka’bah... Tujuan Rasulullah SAW diutuskan ialah untuk mengajar manusia cara-cara mengabdikan diri kepada Allah... nak ajar manusia cara-cara nak beribadat... Rasulullah SAW diutuskan untuk mengajar kalimah ‘Laa ilaha illa Allah, Muhammad Rasul Allah’... itulah Tauhid yang didakwahkan oleh Nabi...! Bukannya wujud, qidam, baqa’, sama’, basar....!!! Nabi dihalau dari Mekah semata-mata kerana seruan supaya orang Arab meninggalkan syirik, tahyul dan khurafat dalam agama... Itulah akidah Islam... bukannya sebab nak bagitahu Allah ada ke takdok, nak ajar manusia samada Allah mendengar atau pekak, Allah melihat atau buta, Allah boleh berkata-kata atau bisu.... bukan! Itu tak payah belajar, Abu Jahal pun tahu!”
Rosman terdiam tak tahu nak jawab apa. Jusoh terus melakukan serangan bertubi-tubi, “Mu tahu Ka’bah itu dipanggil Baitullah, maknanya Rumah Allah. Bukan Nabi yang bagi nama tu, Mang, tapi orang Arab jahiliyah yang mula panggil Ka’bah sebagai Baitullah, sebelum Nabi lahir lagi! Apa maknanya? Maknanya orang Arab jahiliyah pun tahu Allah ada, dan mereka tahu Allah adalah Tuhan Yang Maha Kuasa. Bapa Nabi Muhammad sendiri pun nama Abdullah, maknanya Hamba Allah..! Padahal Nabi Muhammad sendiri pun tak sempat jumpa ayah sendiri!”
Rosman termenung macam orang gila talak.... Jusoh menyambung, “Mu mengaji Sirah? Dalam peristiwa tentera bergajah Abrahah nak runtuhkan Ka’bah... masa tu Nabi Muhammad belum lahir pun lagi.... sebelum serang Ka’bah, ketika sampai di pinggir kota Mekah, Abrahah telah rampas banyak harta benda penduduk Mekah, termasuk 200 ekor unta milik Abdul Mutalib, datuk Nabi... Abdul Mutalib datang jumpa dengan Abrahah... Abrahah kata kepada Abdul Mutalib, kami bukan nak berperang dengan orang Mekah, kami cuma nak runtuhkan Ka’bah... kalau kamu tak halang kami, kami tak akan ganggu orang-orang kamu...! Mu tahu Abdul Mutalib jawab apa, Mang? Dia kata kepada Abrahah, kalu mu nak serang Ka’bah, itu mu punya pasal..! Tapi aku mintak mu bagi balik 200 ekor unta aku yang mu rampas...! Abrahah hairan, aku mari nak serang Ka’bah, mu sebagai pemimpin yang jaga Ka’bah masih duk sibuk cara hal unta lagi? Abdul Mutalib jawab, unta-unta itu kepunyaan aku..! Aku yang menjaganya, aku mintak mu bagi balik kat aku.... Sesungguhnya Ka’bah itu kepunyaan Allah, biarlah Allah yang menjaganya... mu nak gi serang sangat, pergilah....!!!”
Jusoh masih belum puas, “Dalam Perang Badar, sebelum meletusnya pertempuran, Abu Jahal.........”
Ops, sekian dulu untuk kali ini. Cerita akan disambung pada siri yang akan datang. Suasana makin tegang. Makin panas. Walaupun Rosman dah kalah dua set, tapi dia masih tak puas hati... dia ajak main rubber set jugak! Adakah Jusoh akan bagi peluang kepada Rosman dengan sengaja buat-buat kalah? Atau Jusoh akan bertambah garang dengan terus melanyak Rosman? Sama-samalah kita tunggu kisah ini dalam siri berikutnya, Tauhid Sifat 20 vs Tauhid 3 Serangkai.

Saturday, May 7, 2011
Hati si Jusoh: episod 12
Amirul Bahri
Sebelum balik ke ofis, Jusoh kabo nak ke jeti jap... nampak bot banyak baru masuk, ingat nak beli ikan sikit. Lepas parking kereta di kawasan lapang tanah merah, kedua-duanya berjalan kaki gi ke jeti. Sikit lagi nak sampai, bertembung dengan seorang ajmain baru balik kelaut. Ada bawak ikan dalam plastik. Belum sempat Jusoh tegur, ajmain tu yang tanya dulu, “Bos, nak beli ikan...?”
Jusoh dok dang jawab lagi, ajmain tu terus kata, “ni kita nak jual bos, nak dok?”
“Ikan mende?”
“Ikan campur-campur bos! Ada kembung, kerisi, selar kuning... sutong ada gok sket... ambik ah bos...! Ikan comel ni bos, dok kena air batu lagi...!” Ajmain jawab dengan mata berkelip lambat-lambat, banyak pejam pada celik!
“Dah nak kira guane, nak jual semua ke?”
“Kita tolak borong, bos... ambik belaka ah..!”
“Wape rial semua ni...?”
“Gini bos... kita kabo sekali je, dok aci tawar-tawar....!” Kepala ajmain tu berayun ke kiri dan ke kanan. Rasanya kalu Jusoh tolah sebelah tangan pun rebah.
“Ya ah... berapa, kabo ah molek..!”
“Kita kalu dengan bos... er.. bos bayar lima belas rial dah! Kalu orang lain, kita tolak dua puluh bos..!”
“Ok buleh ah..!” Jusoh pun bayar dan ajmain letak ikan sebelah Jusoh. Dapat je duit lima belas inggit, nampak cerah sikit mata ajmain, tak lah layu sangat macam tadi. Segar terus, suka bukan main, siap cium duit tu....
Wow! Murah sungguh... banyak kilo jugak. Ada kembung kasar dekat sepuluh ekor, anak kembung ada dalam lima belas ekor, kerisi kasar enam ekor, selar kuning banyak jugak, lepas tu ada sotong jarum, sotong mabang pun ada dua ekor, ikan jemuduk sekor, ikan tambang buru pun ada!
“Mang, malam ni mari makan nasi rumah aku...!”
“Hor, molek ah, lepas isyak aku sampai...! Owoh sedapnya, masak asam pedas ah Soh...!”
“Bereh! Aku balik rumah hantar ikan dulu, lepas tu baru aku hantar mu balik ofis..!”
“Boleh gak...!”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam kereta.
“Orang wahabi fanatik sungguh sokong Mu’awiyah, Soh kan..? Hahaha... ntah mende-mende lah wahabi ni...!” Rosman start pulak dah.
“Mu percaya sungguh Mu’awiyah tu zalim dan gila kuasa...?” Suara Jusoh macam malas nak bercakap je.
“Yaa... bukan setakat zalim, Mu’awiyah adalah musuh Allah! Alasannya mudah, Mu’awiyah menetang Khalifah Ali, seorang Imam yang suci, ahli keluarga Nabi, menantu Nabi, ayah kepada Hasan dan Husin, cucu kesayangan Nabi....! Bermakna Mu’awiyah telah menentang Rasulullah sendiri... dan sesiapa yang bermusuh dengan Rasulullah, sama lah seperti bermusuh dengan Allah...!” Rosman seperti peserta pertandingan debat antara sekolah peringkat daerah.
“Mu’awiyah salah seorang penulis Wahyu... pencatat ayat Qur’an yang dilantik oleh Nabi SAW sendiri... Kitab al-Qur’an yang sampai ke tangan kita...yang kita baca hari ni, adalah atas jasa para penulis wahyu di kalangan sahabat Nabi.... Apakah Nabi SAW telah silap melantik seorang musuh Allah untuk menulis ayat al-Qur’an? Na’uzubillah...!”
“Itu masa Nabi masih hidup... aku tak pertikaikan yang tu.... memanglah, masa Nabi belum wafat, semuanya ok... tidak timbul soal gila kuasa ke apa... tapi bila Mu’awiyah jadi gabenor di Syria, baru lah terserlah kejahatan dan kezaliman dia...!” Rosman menangkis dengan lancar.
“Mu tahu siapa yang melantik Mu’awiyah jadi gabenor Syria dan Palestine?” Jusoh bertanya dengan perlahan dan lembut.
“Saidina Usman..!” Rosman dah macam peserta pertandingan kuiz pulak dah!
“So, adakah Usman bin Affan juga adalah musuh Allah?” Biasanya kalu Jusoh dah start tanya macam inspektor sahab tu, sepatutnya Rosman kena faham sendiri lah, kejap lagi kena jirus mandi lah tu!
“Aku tak kata gitu... tapi macam yang aku kabo awal-awal, Saidina Usman juga manusia biasa, bukan Nabi! Mungkin dia juga ada buat silap.... mungkin mu tak tahu, Soh... Usman bin Affan juga dari bani Umayyah.... kalau tak silap aku, Usman dengan Mu’awiyah adalah sepupu...!”
“So....? What do you mean by sepupu? Actually, what are you trying to say....?”
“Well..! sikit sebanyak mesti ada sentimen kekeluargaan, ada unsur kronism, yang menyebabkan dia gagal berlaku adil dan tidak telus dalam soal politik....! Kalau Usman tak ada buat salah langsung, takkan ada orang Islam yang memberontak dan bunuh dia?”
“Pemberontak itulah yang bangang! Bukannya Khalifah Usman...!” Jusoh mula naik darah.
“Rilek ah Soh... aku tahu orang wahabi memang fanatik membela bani Umayyah laknatullah, semata-mata kerana benci kepada ahli bait, ahli keluarga Nabi...!” Sedap mulut je Rosman bercakap. Celupar sungguh. Kalu Jusoh buat sedap tangan kan, ada yang buleh sakit ni.
“Yang melantik Mu’awiyah ialah Amirul Mukminin Umar al-Khattab...!!! Khalifah Usman hanya mengekalkan kedudukannya sebagai gabenor wilayah Syam... Itu saja! Umar bukan dari bani Umayyah pun... Umar al-Khattab dari bani Adi...! Adakah Umar juga musuh Allah?”
“Mu biar betul, Soh...! Ini soal Usman, Mu’awiyah, dan bani Umayyah, pasal apa nak babitkan Umar al-Khattab pulak? Masa zaman Khalifah Umar, nama Mu’awiyah tak timbul pun... tak femes langsung...! Selepas Usman jadi Khalifah, tiba-tiba Mu’awiyah jadi orang penting pulak, terus dilantik jadi gabenor untuk sebuah wilayah yang besar, iaitu Syria dan Palestine... Padahal ramai lagi sahabat lain yang lebih senior dan lebih layak dari dia... atas sebab apa Soh, kalau bukan kerana dia sepupu Usman, mana mungkin dia dapat pegang jawatan tu? Ini semua kronism lah Jusoh!!!”
“Mu tahu tahun berapa Usman bin Affan dilantik jadi Khalifah, Mang?” Jusoh cool semula. Nampak macam Rosman nak main api, jadi Jusoh fikir biarlah dia bermain air. Kalau api lawan api kang, nanti berapi-api pulak.
“Aku lupalah tahun berapa, tapi lepas Umar al-Khattab kena bunuh lah.......!” Rosman memperlahankan sikit volume suaranya.
“Tahun 23 Hijrah, Mang...! Mu tahu tahun berapa Mu’awiyah dilantik jadi gabenor Syria dan Palestine?” Tanpa menunggu jawapan dari Rosman, Jusoh terus menyambung, “Mu’awiyah mula jadi gabenor tahun 19 Hijrah, Semang weh..!! Umar al-Khattab yang lantik Mu’awiyah, bukan Usman bin Affan!!!”
“eer.. apa ni... er... ya lah..! kita tak tahu sejarah tu sahih ke tidak.... lagi pun, kalu betul apa yang mu kata.......”
“Bukan aku yang kata! Itu fakta yang tertulis dalam kitab sejarah!!!” Tanpa menunggu Rosman menghabiskan ayatnya, Jusoh terus memotong,
“Mungkin atas kelicikan Mu’awiyah sendiri, hingga Umar al-Khattab pun terpedaya dengan muslihat dia.... who know?”
“Tadi kata Usman bin Affan yang buat silap, lepas tu Umar al-Khattab kena tipu dengan Mu’awiyah pulak...! Mu tahu ke Semang.... sebenarnya yang mula-mula menaikkan Mu’awiyah bukan Usman, bukan Umar, tetapi Khalifah Abu Bakar as-Siddiq!! Abu Bakar dari bani Taim, tak ada kena-mengena dengan bani Umayyah pun!”
“Kah kah kah! Mu jugak yang kata Mu’awiyah mula jadi gabenor Syria tahun 19 Hijrah.... Abu Bakar wafat tahun 13 Hijrah, Soh...! Apa mu ingat Abu Bakar lantik Mu’awiyah dari dalam kubur ke? Hahaha...!”
“Aku tak kata Abu Bakar lantik Mu’awiyah jadi gabenor... aku kata, Abu Bakar yang menaikkan Mu’awiyah! Mu faham lah molek-molek ayat aku...! Ok gini mang, mu dengar aku cerita.... Pada tahun 13 Hijrah, pada saat-saat akhir sebelum Abu Bakar wafat, pasukan tentera Islam sedang berada di lembah Yarmuk, sedang berhadap betul dengan tentera Rom yang jumlahnya berlipat kali ganda lebih ramai dari bilangan tentera Islam. Khalifah Abu Bakar lantik Khalid al-Walid sebagai panglima besar untuk memimpin seluruh pasukan Islam di Yarmuk. Di belakang Khalid al-Walid ialah Abu Ubaidah bin Jarrah yang memimpin sayap tengah. Pasukan sayap kanan dipimpin oleh Amru bin al-As dan Syurahbil bin Hasanah. Sayap kiri dipimpin oleh Yazid bin Abu Sufiyan dan adiknya Mu’awiyah bin Abu Sufiyan!!! Semua panglima ini dilantik oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq sendiri, bukan oleh orang lain! Andersteng?”
“Tapi yang aku baca, Umar al-Khattab pecat Khalid al-Walid......!”
“Nanti dulu... mu dengar dulu Mang... aku cerita tak habis lagi...! Ok, di saat yang genting, tiba-tiba sampai utusan dari Madinah, bagitahu Abu Bakar as-Siddiq wafat, dan Umar al-Khattab dilantik jadi Khalifah. Dan satu berita lagi, Khalifah Umar memecat Khalid al-Walid, dan melantik Abu Ubaidah bin Jarrah untuk memimpin pasukan tentera Islam. Itu sahaja! Yang bertukar cuma lah kedudukan Khalid al-Walid dan Abu Ubaidah sa-ha-ja! Yang lain semua kekal!! Orait, ada fehem?” Jusoh cuba buat joke, tapi tak kelakar. Rosman tak gelak langsung.
Nampak Rosman macam nak kata sesuatu, tetapi.... tak terkata. Dia membiarkan Jusoh meneruskan cerita.
“Lepas menang di Yarmuk, Abu Ubaidah dan Khalid al-Walid bawak pasukan Islam pergi serang kota Damaskus pulak... Damaskus tu nama lama, Mang... sekarang ni orang panggil Damsyiq...!” Jusoh berkata separuh menganjing.
“Ya lah, itu aku tahu lah...!”
“Pada tahun 14 Hijrah, lepas berjaya menakluk Damaskus, Khalifah Umar al-Khattab menyampaikan perintah dari Madinah supaya pasukan besar itu dipecahkan untuk bergerak meluaskan kekuasaan Islam di utara dan selatan Syria.... Abu Ubaidah dan Khalid al-Walid diperintahkan untuk mara ke utara. Amru bin al-As dan Syurahbil bin Hasanah ke selatan, sementara Yazid dan Mu’awiyah bin Abu Sufiyan diperintahkan bergerak ke bahagian pesisir pantai Levantine.”
Rosman diam. Jusoh menyambung, “Pasukan Abu Ubaidah di utara dan pasukan Amru al-As di selatan menghadapi tentangan yang hebat, tapi akhirnya semua menang. Kota Homs dan Palestine berjaya ditawan. Dan... kitab sejarah menulis, pasukan Yazid dan Mu’awiyah di bahagian pantai tidak menghadapi tentangan dan dapat menakluk kota Sidon dengan mudah. Mu tahu sebab apa, Mang? Sebab penduduk Sidon terpesona dengan kelunakan sikap yang ditunjukkan oleh tentera Islam! Kepada penduduk, Yazid cuma menawarkan tiga pilihan, samada masuk Islam dan kena bayar Zakat, atau, bebas nak masuk agama apa pun tetapi mesti tunduk kepada pemerintahan Islam dan wajib bayar Jizyah, atau, Perang! Penduduk Sidon tengok sendiri bagaimana tentera Islam sangat tertib dan berdisiplin sungguh mengerjakan solat lima kali sehari di atas padang terbuka, diimamkan oleh Yazid dan kadang-kadang Mu’awiyah yang jadi imam... akhirnya semua penduduk Sidon pakat menyerah diri gitu je, tak dang perang pun! Ni... yang mu kata musuh Allah, musuh Allah! Inilah orangnya, Semang!!!”
Rosman tunduk membisu. Jusoh menyambung, “Pada tahun 16 Hijrah, Khalifah Umar al-Khattab berangkat dari Madinah ke Syria kerana dijemput untuk menerima penyerahan kota Jerusalem. Sebelum balik semula ke Madinah, Umar telah mengatur pembahagian kuasa di antara para panglima Islam di daerah-daerah tertentu secara rasmi, dan Abu Ubaidah bin Jarrah dilantik sebagai Gabenor untuk seluruh wilayah Syria dan Palestine itu!”
Melihat Rosman terkedu, Jusoh meneruskan, “Dipendekkan cerita, tahun 18 Hijrah, wabak taun melanda wilayah Syam. Abu Ubaidah wafat. Kedudukannya sebagai gabenor digantikan oleh Muaz bin Jabal. Selang beberapa bulan, Muaz bin Jabal pulak yang wafat, dan Yazid bin Abu Sufiyan menjadi gabenor. Tahun 19 Hijrah, Yazid wafat, lalu Khalifah Umar al-Khattab melantik Mu’awiyah bin Abu Sufiyan, yang mu kata laknatullah tu, sebagai gabenor Syria dan Palestine!”
Dah sampai rumah. Jusoh masuk dalam kejap, bubuh ikan dalam peti sejuk. Rosman tunggu dalam kereta. Lebih kurang lapan minit, Jusoh keluar dan masuk kereta.
“Mu’awiyah mintak kebenaran dua tiga kali dari Khalifah Umar di Madinah untuk nak bentuk pasukan armada laut, tapi Umar tak bagi. Lepas Usman jadi khalifah tahun 23 Hijrah, Mu’awiyah mintak lagi kebenaran dengan Usman pulak... tahun 28 Hijrah baru Khalifah Usman benarkan. Bukan senang, Mang...! sepupu tak sepupu, benda yang tak boleh, memang tak boleh! Mu ingat Usman bin Affan tu siapa? Koman punya orang ke? Dia bagi kebenaran pun dengan bersyarat, Mang!... Usman kata ke Mu’awiyah, “La Tantakhibin-Nasa... wa la Takra’ baina-hum... Khayyir-hum... Faman Ikhtaral-Ghazwa tha’ian... fa Ahmil-hu wa A’in-hu...!” Ambik nak! Jusoh bahang cakap Arab dok starang!
“Maknanya, Mang!... Usman kabo ke Mu’awiyah, ‘mu jangan pilih sapa yang nak ikut gi... mu jangan cabut undi pulak nak pilih sapa yang kena gi... sapa yang rela hati nak gi sendiri, mu bawak orang tu lah... dan mu jagalah tentera mu tu molek-molek..”
Jusoh menyambung, “Dipendekkan cerita, Mu’awiyah berjaya takluk Pulau Rhodes dan Pulau Cyprus pada tahun 29 Hijrah... lepas tu, Mu’awiyah mintak kebenaran Khalifah Usman nak gi serang Constantinople pulak! Tahun 31 Hijrah, Mu’awiyah memimpin armada Syria, bergabung dengan armada Mesir pimpinan Abdullah bin Abi-Sarah, menuju ke laut Aegia... Masa itu lah Khalifah Usman bin Affan menganugerahkan gelaran ‘Amirul-Bahri’ kepada Mu’awiyah bin Abu Sufiyan atas kehandalan dan keberaniannya di laut... maknanya pemimpin di lautan... dan mu tahu, Mang! Dari perkataan Amirul-Bahri itulah timbulnya perkataan ‘Admiral’ dalam bahasa orang putih!! Mu sedap mulut je kata Mu’awiyah jahat lah, zalim lah, gila kuasa lah, musuh Allah lah, Laknatullah lah... apa bendaaa lah mu Semang!”
Dah sampai ofis Rosman. Berat sungguh Rosman kena hari ni.... tak tahu lah, malam ni jumpa lagi. Rosman nak mari makan nasik rumah Jusoh. Tak tahulah apa benda cerita pulak yang Rosman nak gebang....

Hati si Jusoh: episod 11
Air Tuak Basi
Suatu pagi yang hening. Tenang sungguh. Daun dan pelepah nyor atas pokok pun duduk diam bertafakur tak goyang sikit habuk pun. Buah nyor komeng tetap setia bergayut pada seludang, tak luruh sebutir pun. Air laut lenang tak berkucoh. Tidak lah macam dua minggu lepas, walau pun hujan turun tak berapa lebat mana, cuma berberai-berai, tapi angin kuat berderohong sampai senget reban ayam belakang rumah. Ombak pun kasar bukan main, jangankan nelayan, ikan yu bodo dalam laut pun tak jadi nak main berhambat. Pening kepala! Buatnya mari pulak angin tenggara, jangankan bot sekuci pukat tangkul, jeragan pukat cerut pun balik awal! Dah kalu awak-awak netang-kalang mabuk laut, nak mukat pun dok buleh!
“Sama lah tu, Jusoh...! Memang mu tak kutuk Ali, tapi bila mu puji Mua’wiyah maknanya samalah macam mu mencela Ali! Perangai orang wahabi, memang benci kepada ahli bait!” Sejak Jusoh pergi ambik di ofis tadi, Rosman membebel tak berenti. Jusoh cuma menyampuk sekali-sekala, itupun dalam acuh tak acuh.
Jusoh membawa Rosman ke kedai Pok Mang untuk makan sarapan breakfast pagi. Tepi pantai Tanjung Lumpur dekat hujung kuala, sebelum sampai ke jeti lama stesen bot penambang nak ke Tanjung Api. Rosman mengadu rasa teringin sungguh nak makan roti canai cicah kuah kari ikan macam kedai kopi di Tranung. Dalam kuah kari ada bubuh ikan selayang dikerat kecik-kecik.
“Jangankan aku nak kutuk Ali, Mang... kalu aku dengar ada orang kutuk Ali depan aku, tobat aku lempang!” Jusoh cuba membetulkan tanggapan serong Rosman terhadap ahli sunnah wal jamaah yang sangat memuliakan semua sahabat Nabi SAW. Semua! Termasuk Ali dan Mu’awiyah! Inilah yang menimbulkan salah faham orang-orang seperti Rosman.
“Mu’awiyah memang gila kuasa. Sanggup memerangi Khalifah Ali. Perangai dia pun teruk! Minum arak. Pemabuk. Anak dia Yazid itulah yang bunuh Saidina Husin cucu Nabi di Karbala’! Saidina Hasan pun mati sebab Mu’awiyah yang bagi minum racun! Rasullullah pernah bersabda, ‘sesiapa yang memusuhi dan mencela Ali samalah seperti memusuhi aku, dan siapa yang memusuhi aku samalah juga memusuhi Allah’! Jadi jelas Mu’awiyah adalah musuh Allah!!" Rosman terus berlagak seperti ustaz yang baru dapat tauliah dari JAIS.”
Selepas melintas jambatan besar menghala ke Sungai Soi, Jusoh masuk simpang belah kiri dekat kedai ikan bakar Mail tepi semak pokok nipah, dan terus menyusuri jalan tepi pantai.
“Entah, aku tak pernah jumpa pun Hadis gitu... bila Nabi kata gitu? Tahun berapa? Di mana? Dalam peristiwa apa? Siapa lagi sahabat lain yang ada masa tu? Apa sebab musabab timbulnya hadis itu dari Nabi... dan siapa yang meriwayatkan Hadis itu? Kalau itu hadis sahih, disahihkan oleh siapa? Ceritalah sikit, Mang!” Walaupun soalan bertalu-talu, tetapi Jusoh bertanya dengan suara yang mendatar sahaja.
“hahaha.. Itu memang soalan lawak antarabangsa puak wahabi. Sikit-sikit tanya hadis sahih ke dok... manalah aku hafal siapa perawi dan apa Asbabul-Wurudnya...?” Rosman menepis bola tendangan lemah dari Jusoh. Dalam hati Rosman ada rasa kembang jugak sebab mampu sebut Asbabul-Wurud, iaitu sebab musabab timbulnya sesuatu Hadis. Mungkin selama ini Jusoh hanya tahu Asbabul Nuzul je, iaitu sebab musabab turunnya Ayat Qur’an...
Radio CD kereta sedang mendayu mengalunkan lagu nyanyian Sanisah Huri... Kekanda di medan peerang... Adinda di medan seeni... Sama-sama berjuang, sama-sama berbakti... Semoga tabah hatii..... Majulah kekanda maju, jangan undur... Dinda mohon doaa restu... Rela sehidup semati bersama mu... Perwiiraa kuuu...
Bila dengar lagu ni, Jusoh mesti senyum dalam hati teringat ceramah Mat Sabu di Cengal Lempung beberapa tahun dulu. Masa negara tengah heboh dengan wabak JE. Askar Melayu dikerah untuk menembak babi-babi di kandang ternak. Mat Sabu berpantun menyindir pasukan tentera dengan mengubah lirik lagu Perwira ku....
Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Kini tinggal lah dinda seorang
Kanda pergi tembak babi!
Dalam belasan ribu hadirin yang macam laut itu, tidak ada seorang pun yang tidak ketawa, kecik besar tua muda semua pakat suka kok-kik kok-kik. Hatta dua tiga orang anggota polis dalam kereta peronda yang ditugaskan mengawal ceramah punyalah gelak bergelekek sampai berhinggut kereta.
“Soh, Mu tahu apa makna ‘Mu’awiyah’? Semua ulamak sunni sebulat suara berpendapat bahawa ‘mu’awiyah’ itu bermaksud ‘salakan anjing betina’! Sebab tu aku kata wahabi bukan ahli sunnah wal jamaah! Mu bukan tak tahu siapa mak ayah Mu’awiyah, Soh...!” Mulut Rosman semakin celupar mengutuk Mu’awiyah.
Jusoh diam malas nak jawab. Dia memandu sambil memandang keluar. Lengang. Tak nampak ramai orang duk gi mari. Barangkali ramai yang turun kelaut. Cuma ada nampak seorang mak cik tua tengah junjung talam atas kepala nak gi hantar kuih akok dan buah ulu ke kedai kopi.
Lepas tu, masa sampai dekat dengan sekolah, nampak sorang ‘ajmain’ pakai kain batik buruk kilas senget tengah melintas jalan lambat-lambat. Langkah pun macam huruf S. Nak wat guane, nak jadi doktor sangat. Cocok lengan sendiri. Nyudahnya, kepala jadi mereng. Orang Tranung kata, lari steseng!
Rosman menyambung, “Ayah Mu’awiyah ialah Abu Sufyan bin Harb! Dia ni lah yang jadi punca berlaku Perang Badar! Dalam Perang Uhud dan Perang Khandaq pulak, Abu Sufyan ni lah yang jadi kepala haliang tentera kafir...! Mu tahu ke Jusoh, dalam Perang Uhud, siapa perempuan kafir yang belah dada nak makan jantung Saidina Hamzah? Namanya Hindun. Inilah bini Abu Sufyan! Hindun inilah emak Mu’awiyah...!”
Rosman bersyarah panjang lebar memburukkan keluarga Mu’awiyah, lagaknya seperti Mami Jarum Pantai Timur! Melihat Jusoh tak banyak cakap, Rosman yakin Jusoh tak berapa tahu sangat pasal sejarah. Selama ini Jusoh hanya tahu membid’ahkan orang je!
“Itu masa sebelum dia masuk Islam, buat apa nak ungkit? Bukankah akhirnya semua keluarga Abu Sufyan masuk Islam?” Suara Jusoh masih bersahaja.
“Eleh! Masuk Islam pun sebab terpaksa. Pada masa kecederaan pulak tu! Dah last minit! Lagi pun ramai ulamak yang percaya Abu Sufyan dan Hindun ni munafik! Dah tak ada Mekah orang nak ikut dia, sebab tu dia terpaksa masuk Islam. Islam second gred!! Kesan kejahatan dia masa Perang Uhud tak boleh dilupakan begitu saja....!” Ceh! Nada suara Rosman macam nak pergi menuntut bela atas kematian tentera Islam dalam Perang Uhud pulak.
“Kalu gitu, Khalid al-Walid pun munafik jugak lah...? Khalid yang menyebabkan pasukan Islam kalah dalam Perang Uhud. Khalid al-Walid yang memimpin pasukan berkuda Quraish melakukan helah, pura-pura berundur, rupanya dia pusing bukit Uhud, datang balik serang tentera Islam dari belakang.....!” Nampak gaya Jusoh macam nak start panas enjin je.
“er... ish... er... kita bercakap tentang Mu’awiyah dengan Ali, tak ada kaitan dengan Khalid al-Walid...” Suara Rosman mula kendur.
“Sebelum Abu Sufyan masuk Islam pun, Nabi sendiri tetap hormatkan Abu Sufyan sebagai pemimpin Quraish. Masa Penaklukan Kota Mekah, Nabi siap buat pengumuman kepada penduduk Mekah yang belum Islam, sesiapa yang berlindung dalam masjid, dia selamat! Sesiapa yang berlindung dalam rumah Abu Sufyan, dia selamat! Sesiapa yang berlindung dalam rumah Hakim bin Hizam, dia selamat....!!! Apa maknanya tu, Mang? Kenapa Nabi memuliakan Abu Sufiyan padahal dia belum masuk Islam pun lagi?” Jusoh buat-buat tanya Rosman.
Rosman terkedu sekejap. Jusoh nak sambung, tapi dah dekat dah nak sampai kedai Pok Mang. Jusoh sempat memandang ke arah bangsal pukat di sebelah kanan. Nampak dua ekor kambing tepi bangsal. Yang jantan tengah mengejas yang betina. Barangkali sedang mencuba nasib, tengah pujuk kambing betina ajak bergurau senda antara pusat dan lutut lah tu! Yang betina pulak buat-buat jual mahal, tak ubah macam bohsia bila mat rempit mengayat ajak gendong motor gi tengok wayang gambar kat bandar.
“Mu tahu salah seorang isteri Nabi, namanya Ummul Mukminin Ummu Habibah...” Jusoh terus bertanya dengan tenang.
“Aku tahu lah ada isteri Nabi yang nama macam gitu.....!” Rosman agak tergagap macam tak yakin je yang dia hafal semua nama keluarga Nabi SAW.
Jusoh parking kereta bawah pokok nangka tepi kedai. Ada nampak empat lima butir buah nangka berende atas pokok. Buleh tahan jugak, kecik sikit pada tempayan. Dibalut dengan baju buruk. Kalu nampak dari jauh tengah malam, sebijik macam hantu langsuir tengah panjat pokok!
“Ummu Habibah ialah anak perempuan Abu Sufyan, kakak kepada Mu’awiyah dan Yazid! Namanya yang sebenar ialah Ramlah binti Abu Sufyan! Dia ni salah seorang as-Sabiqun al-Awwalun, golongan yang mula-mula masuk Islam atas muka bumi ni!! Sebelum orang lain Hijrah ke Madinah pun, Ummu Habibah sudah berhijrah ke Habsyah, bersama suami dia masa tu, Ubaidillah bin Jash. Sampai di Habsyah, suami dia murtad masuk Kristian! Tapi dia tetap mempertahankan imannya. Akhirnya melalui perantaraan Raja an-Najasyi, Nabi SAW meminang dan akhirnya menikah dengan Ummu Habibah! Maknanya, Abu Sufiyan ni salah seorang bapa mertua Nabi, dan Muawiyah pulak, bukan setakat sahabat biasa, malah dia adalah adik ipar Nabi SAW sendiri.!!!” Muka Rosman bertukar jadi macam air tuak basi.
Jusoh dan Rosman duduk di meja hujung tepi dinding. Kedai kayu atap zink. Memang tak lawa langsung. Pendek kata, kalu ada pertandingan kedai makan paling cantik di DUN Tanjung Lumpur, dalam tangan kedai Pok Mang dapat nombor sembilan belas! Tapi bagi Jusoh, kedai gini sangat membangkitkan nostalgia masa kecik-kecik zaman tv hitam putih dulu! Sikap Pok Mang sendiri memang belaga angin molek dengan Jusoh. Kalu nampak je Jusoh sampai, Pok Mang yang tengah tebar roti terus mulut po-pek pok-pek ajak Jusoh sembang. Makanan yang ada pun semua yang jenis klasik.... selain roti canai kari ikan selayang, nasi lemak lauk ikan bilis, nasi minyak lauk daging ayam, nasi dagang, nasi kunyit, mi goreng halus dan mi goreng kasar dalam talam, ada macam-macam jenis kuih lama masa zaman kegemilangan mutor pukat kilat Mat Konggo dulu. Ada tepung kapur, roti keramat, bekang kuah lemak dan kuah manis, jagung gaul nyor, jemput bawang, pisang rebus, ubi stela rebus, roti paung inti nyor, inti kacang, nasi kapit kuah, nasi kapit sambal taik minyak, dan beberapa jenis kuih lagi yang payah nak eja.
Lepas mintak air dan ambik makanan, Jusoh menyambung, “Mu’awiyah dan abangnya Yazid lebih dulu masuk Islam dari Abu Sufyan dan Hindun... tetapi secara senyap-senyap sebab nak jaga hati mak ayah dia! Lepas masuk Islam, Abu Sufyan sangat gigih membela Islam dan ikut berperang bersama pasukan Islam, samada semasa bersama Nabi dan juga selepas Nabi wafat. Masa Perang Taif, matanya buta sebelah kena anak panah musuh... tapi dia masih tetap ikut sama dalam beberapa siri peperangan selepas itu semasa Islam menakluk seluruh semenanjung Arab. Pada masa Perang Yarmuk, masa tu Khalifah Abu Bakar baru wafat, dan Umar al-Khattab dilantik jadi Khalifah, Abu Sufiyan turut berperang di bawah panji pasukan yang dipimpin oleh anaknya Yazid! Masa itulah mata Abu Sufyan yang sebelah lagi buta kena anak panah oleh pasukan pemanah dari Armenia. Dan, dalam perang Yarmuk itulah juga, seorang lagi anak perempuannya yang bernama Juwairiyah binti Abu Sufiyan telah gugur syahid! Selepas kedua-dua matanya buta demi mempertahankan Islam, Abu Sufiyan terus menetap di Madinah sehingga wafat pada tahun 31 Hijrah. Jenazahnya turut disolatkan oleh Khalifah Usman bin Affan sendiri, dan dimakamkan di perkuburan al-Baqik!!!! Itu ke ciri-ciri orang munafik, Mang?”
Rosman terdiam. Jusoh bangun nak tambah kuah kari roti canai. Memang Jusoh suka cedok sendiri sebab boleh ambik ikan lebih sikit.
“Ya sila! sila... owoh, wat macam sekala ah...! hahaha...! Encik Soh kita kalu makan, piring kuah tiris sokmo..!” Pok Mang bergurau dengan Jusoh. Ada dua puak pekerja MPK tengah makan di meja tengah. Lepas tu ada dua orang staff TNB makan di meja satu lagi, dan meja luar belah sana kalau tak silap orang Pejabat Pertanian atau Lembaga Pertubuhan Peladang.
Lepas tambah kuah kari dan duduk semula di meja tepi dinding, Jusoh menyambung, “Mu faham ke apa yang dikatakan sahabat Nabi, Mang? Mu tahu tak apa ciri-ciri sehingga seseorang itu untuk layak dipanggil sahabat? Dan mu tahu ke betapa tingginya martabat seseorang yang berstatus sahabat Nabi?” Jusoh mula main kucing-kucing yang mempertikuskan Rosman.
“Ya lah, orang yang pernah jumpa Nabi semua dipanggil sahabat. Mereka pun manusia biasa, bukan maksum... sahabat pun ada buat salah....!” Rosman masih cuba menegakkan tali kasut buruknya.
“Bukan setakat pernah jumpa Nabi! Syarat utama ialah mesti beriman dan mesti mati dalam Islam. Itu baru boleh digelar sahabat! Kalau jumpa Nabi siang malam pun, tapi sebelum mati dia murtad, itu bukan sahabat! Orang yang munafik tidak boleh dipanggil sahabat! Mana mungkin mayat orang munafik dimakamkan di al-Baqik..!!” Jusoh terus membedal dan membidas.
Jusoh terus tak boleh brek dah, “Mu tak pernah dengar dan baca ke, berapa banyak Ayat Qur’an yang memartabatkan sahabat Nabi? Berapa banyak Hadis Nabi SAW yang menegaskan tentang keutamaan dan kemuliaan para sahabat? Dari Abu Said al-Khudri, katanya Nabi SAW bersabda ‘Jangan kamu mencerca para sahabat ku. Sesungguhnya kalau ada di kalangan kamu mensedekahkan emas sebesar bukit Uhud sekali pun, ia tidak sama dengan nilai secupak makanan yang disedekahkan oleh para sahabat! Dan Nabi SAW sendiri memberi jaminan, semua sahabat baginda akan masuk Syurga!”
Jusoh terus menambah, “Para sahabat pernah bertanya Nabi, siapakah golongan manusia yang paling baik? Baginda menjawab, generasi yang hidup pada kurun ku (sahabat), kemudian yang datang selepas itu (Tabi’in), kemudian yang datang selepas itu (tabi’ tabi’in)... Inilah tiga generasi terbaik dalam sejarah umat manusia, yang dijamin oleh Nabi SAW...!!!”
Rosman terpele’ok terus. Jusoh terus menambah, “Dalam Sahih al-Bukhari, ada Hadis yang berbunyi, daripada Ummu Haram, bahawa dia pernah mendengar Nabi SAW bersabda, tentera yang pertama di kalangan umat ku yang berperang merentasi lautan, wajib lah mereka itu Syurga. Kemudian Nabi bersabda lagi, tentera yang pertama di kalangan umat ku yang memerangi Caesarea, Tuhan ampunkan semua dosa mereka!! Mu tahu Mang, peperangan pertama umat Muhammad SAW di lautan ialah Peperangan Cyprus. Dan ternyata pasukan Islam itu dipimpin oleh Panglima Mu’awiyah bin Abu Sufiyan! Ummu Haram sendiri gugur syahid dalam peperangan Cyprus itu. Dan mu tahu Mang, orang yang pertama memerangi bandar Qaesarea ialah anaknya Yazid bin Mu’awiyah...!!!”
“Ummu Haram tu siapa? Aku ada baca Hadis tu, dan ulamak berpendapat Hadis itu memang ditujukan kepada Ummu Haram, tak ada kena-mengena dengan Mu’awiyah pun!” Rosman masih bernafas!
“Ummu Haram ialah isteri kepada Ubadah bin Samit, seorang sahabat besar dan tokoh Ansar yang turut serta dalam Peperangan Cyprus. Ummu Haram hanya mengikut suaminya. Malah isteri Mu’awiyah sendiri pun turut berperang di Cyprus itu. Yang memimpin pasukan ialah Mu’awiyah. Memang Ummu Haram gugur syahid, tetapi Hadis itu menyebut semua yang berperang, bukan hanya yang gugur Syahid....!”
Kalau tadi muka Rosman macam air tuak, tetapi sekarang telah bertukar jadi macam kepala taik! Suasana pagi yang tadinya tenang dan hening, kini bertukar menjadi agak meriah bila terdengar bersahut-sahutan bunyi enjin bot pukat kilat dan pukat tunda yang berjerudu mula memasuki kuala sungai Kuantan menuju ke jeti. Dekat bangsal pukat, yang terlihat hanya kambing betina sedang melangkah longlai dan berserabai, tapi muka tetap senyum! Mungkin masih terkenang-kenang peristiwa sebentar tadi. Yang jantan sudah hilang entah ke mana, tak nampak kelibat pun. Memang dasar jantan, habis madu botol disimpan, untuk isi madu lain pulak....!
Dalam perjalanan balik ke ofis, Jusoh masih terus membasuh Rosman dalam kereta, tetapi akan diceritakan dalam siri yang akan datang.

Subscribe to:
Comments (Atom)