Bunyi Guruh, Petir dan Kilat
Petang. Dalam perjalanan balik ke Kuantan. Dari Jerantut. Urusan dah selesai. Perut dah kenyang. Gulai lemak kuning ikan kirai. Goreng Ikan lampan. Sambal jering. Cencaluk.... Rosman bersandar kekenyangan, sekali tengok macam tok pekong. Macam biasa, Jusoh jadi pemandu yang setia...
“Pasal apa orang wahabi anti sangat ke Syi’ah, Soh...? Padahal mereka pun mazhab Islam jugak....! Cuma berbeza pendapat sikit je... sebab tu aku kata orang wahabi ni golongan ekstrim bila menghukum orang lain yang tak sebulu dengan pegangan mereka....!”
Dah sampai Kuala Krau. Nanti sampai Simpang Songsang, baru masuk highway. Jusoh tak jadi nak berjimat cermat... lalu highway lagi senang... tak ada banyak trekter bawak buah sawit tengah jalan, tak ada budak baru lepas bersunat bawak motor brum bram brum bram atas jalan besar... tak ada kereta datsun tonggek dengan kelajuan constant 15 batu sejam... tak ada kerbau melintas jalan... tak ada taik lembu atas jalan...
“Bagi aku, Mang... ini pendapat peribadi aku... semua ajaran tareqat sesat yang ada di Malaysia ni, samada yang diwartakan oleh Jakim atau tidak, semua tu.. tak kiralah apa nama tareqat pun... Nasrul Haq ke… Budi Suci Sejati ke… Silat Sunda Pukulan Ghaib ke… Tusuk Hikmat ke… Potong Maya ke… Haqqulah Syahadah ke… Wali Suci ke… Garis Sakti… Pukulan Jarak Jauh… Tenaga Dalam Hikmat… Asal Wujud Garis Laksamana… Ajaran Manan Harun… Ajaran Nasrun Kahar… Ajaran Wali Sembilan… Tareqat Naqsyahbandi… Ajaran Kadirun Yahya… Ajaran Arqam… Ajaran Haji Ghazali Osman Hulu Klang… Ajaran Haji Kahar… Ilmu Tajali Ahmad Laksamana… Ajaran Ilmu Hakikat… Ajaran Siti Jernar... Tareqat Mufaridiah… Hasan Anak Rimau… Aurad Ismailiyah… Ajaran Martabat Tujuh… Tareqat Samaniah Ibrahim Bonjol… Ajaran Sulaiman Bahtera Nabi Nuh… Ajaran Ahmadiyah/Qadiani…… Semua ajaran itu bersumber dari S-y-i-’a-h!” Jusoh berkata dengan yakin, sambil membilang satu persatu....
Rosman cuba membantah, “eleh, kalu ikut Jakim, semuanya sesat...! ajaran tasawuf pun sesat, ajaran tareqat kebatinan pun sesat... yang peliknya, tak ada pulak ajaran wahabi dalam senarai tu...!”
“Kah kah kah! Jangan-jangan Jakim pun wahabi kot...!! Hahaha..!” Jusoh menganjing sakan.
“Jadi, bagi mu Syiah ni satu mazhab yang sesat??” Nafas Rosman sok-seh sok-seh turun naik, bunyi macam dinosour... menahan marah, barangkali!
“YA! Bukan setakat tu... bagi aku, Syiah bukan sekadar satu mazhab yang hanya berbeza fahaman dalam beberapa perkara khilafiyah, tetapi sebenarnya ajaran dan pegangan Syi’ah itu sendiri bukan dari ajaran Islam dan tidak ada kena-mengena dengan akidah Islam!!”
Rosman terlopong dengan keberanian Jusoh yang nampak yakin dan selamba, muka tak kerut langsung.
“Orang wahabi memang sedap sangat tuduh orang lain sesat...!” Rosman cuba konar berpusing-pusing.
“Aku bukan tuduh sapa-sapa pun, aku cuma bagi pendapat tentang syi’ah...! Pasal apa mu terasa? mu syi’ah ke?” Jusoh buat-buat garang, tapi bunyi macam kelakar.
“Aku tidak lah mengaku aku masuk mazhab Syi’ah, tapi kalu nak kata semua ajaran Syiah tu sesat, tak boleh jugak... sebab ada juga yang betul... kita orang jahil ni mana boleh cakap, Soh... cukup ke ilmu yang kita ada, sampai buleh kata orang tu sesat orang ni salah...!” Rosman seperti cuba membela ajaran Syi’ah.
“Setakat nak tengok kesesatan Syi’ah, tak payah mengaji tinggi, Mang... budak SPM pun boleh nampak...!! Apa ajaran Syi’ah yang betul, yang mu nak bela sangat tu, acu cerita sikit, Mang...!” Jusoh mencabar Rosman.
“At least mereka memuliakan ahlul bait... keluarga dan keturunan Nabi yang suci....! Salah ke? Semata-mata kerana memuliakan ahli keluarga Nabi, wahabi kata mereka sesat? Nak harapkan orang wahabi... keluarga Nabi pun dihinanya..!! Kalau semua Syi’ah sesat, adakah pengikut mazhab Ahlul Bait di Malaysia semua sesat lah?” Rosman meninggikan suara.
“Kenapa... mazhab Ahlul Bait tu Syi’ah ke?” Jusoh bertanya sambil tersengih menganjing.
“Er.. bukanlah Syi’ah yang pure macam di Iran tu...! Cuma ada sikit je persamaan dari segi......” Rosman tersangkut...
Jusoh dah dapat agak apa yang Rosman nak kata, terus memotong.... “Sebab itu aku kata semua ajaran sesat berpunca dati Syi’ah...! Memang mereka tidak menganut Syi’ah tulen 100%... tareqat ni ambik sikit, mazhab tu ambik sikit...!”
“Jadi memang betul pegangan mu sama dengan wahabi, yang memandang rendah dan memperlekehkan ahlul bait, keluarga dan keturunan Nabi?”
“Apa kena-mengena dengan keluarga Nabi pulak...?”
“Wahabi menolak ahlul bait!”
Kalaulah tanah tu makanan, rasanya kenyang Rosman makan tanah petang ni....
“Mang, mari nak kabo.... ahlul bait tu maknanya orang rumah, atau ahli keluarga... termasuk isteri, anak, pak mertua, menantu, cucu, ipar.... Pegangan aku, ahlul bait Nabi SAW ramai... Abu Bakar as-Siddiq pak mertua Nabi... Umar al-Khattab pak mertua nabi.... Ali menantu Nabi... Usman menantu Nabi... Abas pak sedara Nabi... Fadhal anak Abas... Qusam pun sepupu Nabi.. Hasan dan Husin cucu Nabi... Fatimah puteri Nabi... A’isyah isteri Nabi... Ummu Salamah isteri Nabi... Hafsyah isteri Nabi... Maimunah isteri Nabi... ramai lah Mang...! Itu semua ahlul bait....! bila masa pulak aku menghina ahlul bait? ”
“Hahaha..! Mu ni kelakar lah Jusoh...! Itu sahabat biasa..! aku maksudkan ahlul bait tu, maknanya keturunan dari 5 orang yang disucikan oleh Allah... Nabi Muhammad, Saidina Ali, Fatimah, Saidina Hasan, Saidina Husin....!”
“Pegangan mu tu lah yang membezakan ajaran Syi’ah dan ajaran Islam yang dipegang oleh ahli sunnah wal jamaah......!”
“Bukan ahli sunnah wal jamaah, tapi wahabi! Ulamak ahli sunnah wal jamaah semua mengaku kemulian ahli bait dan keturunan Ali, Hasan, dan Husin... cuma wahabi yang beriktikad semua ahli bait tu orang biasa, dengan memasukkan anak menantu dan para isteri Nabi sebagai ahlul bait...!!!”
Jusoh berkata dengan tenang, “Kalu mu nak cerita hal ahlul bait... nak tak nak, mu mesti kena tahu asal-usul puak syi’ah... kena tahu sejarah bagaimana mula timbulnya ajaran syi’ah...!”
“Ya lah.. syi’ah yang asal ialah pengikut Saidina Ali..! Salah ke? Membela dan mempertahankan seorang Imam yang suci, boleh jadi sesat ke?Acu mu cerita tang mana salahnya golongan yang membela Imam Ali...!”
Ceh, Rosman tak tahu... kalu suruh Jusoh cerita hal Syi’ah, macam bagi gandum ke Malbari restoren mamak suruh uli buat roti canai.... atau macam bagi sikat ke Mat Bangladesh yang kerja kat stesen minyak petrol Shell... dalam dia duk tany adek manes, hijau merah, baru lama... dang lagi sikat rambut!
“Ok ini sejarah, mu dengar aku cerita, Mang...! Ajaran Syi’ah mula-mula sekali timbul sebelum Ali jadi khalifah lagi...! Itulah puak pemberontak yang membunuh Khalifah Usman bin Affan... mereka bukan orang asal Madinah.... mereka bukan sahabat Nabi... Tidak ada seorangpun sahabat Nabi yang terlibat dalam kumpulan mereka... pasukan pemberontak datang ke Madinah, 500 orang dari Mesir, kepala dia nama Al-Ghafiki... bergabung dengan 500 orang dari Kufah, kepala dia nama Abdullah bin Assham al-Amiri... bergabung pulak dengan 500 orang dari Basrah, kepala dia nama Hurkus bin Zuhair.... dari ketiga-tiga kumpulan ini lah lahirnya golongan Syi’ah... dan dari pasukan Hurkus bin Zuhair inilah lahirnya Khawarij!!!!”
“Apa tujuan mereka datang ke Madinah...? Kalu memang tujuan untuk membunuh Usman, adakah gabenor Islam di Mesir, Kufah, dan Basrah tak tahu? Apa yang aku faham, itu rombongan haji yang dalam perjalanan ke Mekah....”
“Sebab itu aku sebut puak ni sebagai pemberontak...! Bukan setakat memberontak kepada Usman, tetapi juga pemberontak terhadap pemerintah Islam di negeri atau wilayah mereka...! Puak ni telah terpengaruh dengan hasutan dan termakan ajaran sesat Abdullah bin Sabak.. si badigo inilah pengasas syi’ah...!!! Puak pemberontak datang ke Madinah pada bulan Zulkaedah tahun 35 Hijrah, dengan dalih kononnya untuk mengerjakan Haji ke Mekah, rupanya mereka telah berpakat untuk memaksa Usman bin Affan letak jawatan sebagai Khalifah di Madinah... Mereka tahu masa itu sebahagian penduduk Madinah pergi menunaikan Haji di Mekah. Mereka kononnya nak lantik Ali, padahal Ali tak tahu menahu pun, jauh sekali nak suruh mereka paksa Usman... Mu tahu Mang, masa puak pemberontak tu tawan Madinah, mereka kepung rumah Usman tak bagi keluar.... Ali dan anak beranak dia tak terlibat langsung! Ali yang suruh anak dia Hasan dengan Husin berkawal depan pintu, tak bagi puak pemberontak tu masuk rumah Usman... selain Hasan dan Husin, yang jaga depan pintu rumah termasuk juga Abdullah bin Zubir – anak Zubir bin Awwam, dan Muhammad bin Talhah, anak Talhah bin Ubaidillah. Tetapi rupa-rupanya puak-puak tu masuk senyap-senyap ikut sutuh atap rumah Amru bin Hizam, jiran Usman. Yang berkawal kat pintu tak boleh buat apa, sebab pintu tu diselak palang dari dalam. Usman tengah baca Qur’an. Berlakulah tragedi yang paling memilukan dalam sejarah Islam. Khalifah Usman bin Affan dibunuh!! Isteri Usman, Nailah, putus jari....”
Jusoh terdiam sekejap. Genyeh mata, masuk habuk... Rosman keras terpaku macam patung dewa Murugan kat Batu Caves.
“Cuba mu bayangkan suasana kelam kabut masa tu, Mang...! Sahabat Nabi ramai yang dah wafat.. yang tinggal pun semua dah tak nak terlibat dan urusan politik, tak nak masuk campur dalam permusuhan politik... Said bin Zaid, Zubir bin Awwam, Talhah bin Ubaidillah, Ali bin Abu Talib, Ammar bin Yasir, itu je sahabat besar yang tinggal di Madinah... Saad bin Abi Waqqas tidak tinggal di Madinah. Generasi kedua di kalangan anak-anak para ahli Badar itu pun tak mahu terlibat... Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Ibnu Zubir, Ibnu Amru, Muhammad bin Talhah, Husin dan Hasan... semua tak masuk campur.... Mu’awiyah dah hantar satu pasukan dari Syria, dipimpin oleh Ubaid bin Musallamah untuk mempertahankan Usman, tapi terlambat. Sampai tengah jalan, dapat berita Khalifah Usman telah dibunuh. Pasukan pemberontak telah nenawan Madinah! Aku ulang, Syi’ah beranak ikut celah kangkang bini para pemberontak ni lah, Semang!!! Jangan mu ulang lagi kata sahabat pun bergaduh sama sendiri berebut kuasa, tak dok sorang pun sahabat yang terlibat dalam pasukan pemberontak jahanam ni... Nailah hantar utusan ke Syria, melaporkan tragedi yang tragis itu kepada Gabenor Mu’awiyah... bersama perutusan itu dikirimkan sekali jubah Usman dan Qur’an yang penuh berlumur darah, dibawa oleh Nukman bin Basyir.... Pasukan pemberontak, lepas bunuh Usman, lepas tawan Madinah, mula takut kalau Muawiyah akan membawa pasukan dari Syria datang ke Madinah untuk menuntut balas atas darah Usman bin Affan, dan mentelah pulak Usman adalah Khalifah Islam yang wajib ditaati. Pembunuh Usman wajib dibunuh!!”
Kalu lah air liur pun kena beli, agaknya jatuh miskin Rosman hari ni. Bakpe doknya...? Padan duk ulang telan air liur je dari tadi....
“Puak pemberontak dari Mesir, Kufah, dan Basrah yang menguasai Madinah, telah lantik Ali jadi Khalifah... Mulanya Ali tak nak, tapi puak ni ugut untuk cetuskan huru hara dalam kota Madinah, Ali terpaksa terima. Puak pemberontak ni pun terus bergabung dalam pasukan tentera Madinah, kononnya inilah pasukan pengikut Ali...!! Dari tulang sulbi puak pembunuh inilah lahirnya golongan Syiah!! Puak inilah yang bunuh Zubir dan Talhah dalam Perang Jamal... Dan Muawiyah dan Amru al-As nak bunuh puak pemberontak ni lah dalam Perang Siffin, bukannya nak lawan Ali! Puak-puak yang bunuh Usman sedang berlindung dalam pasukan Ali!! Muawiyah tahu Ali dalam serba salah, tapi dia terpaksa lawan...! Mu kena faham kejadian ni, baru mu tahu siapa golongan Syiah, Mang!”
“Tapi aku ada baca, sebenarnya nama Abdullah bin Sabak ni tak wujud dalam sejarah... itu cuma watak rekaan puak wahabi....!”
“Mu ni tak habis-habis dengan wahabi... mu dengarlah dulu aku cerita... kang aku lempang kang jenuh mu kutip gigi atas riba karang...!” Jusoh menyumpah, tapi dalam hati je lah.
“Yang mu baca tu riwayat puak syiah...! Tak kisah lah mu nak panggil nama apa pun, tapi watak itu memang wujud dalam sejarah Islam, dan watak itu memainkan peranan yang sangat besar dalam mengubah perjalanan sejarah dunia umat Islam... Dia ni orang Yahudi, dari San’a Yaman... mari ke Madinah tahun 29 Hijrah... masuk Islam... sangat zuhud dan kuat ibadat, kononnya... banyak masanya dihabiskan dalam Masjid Nabi.... tahun 30 Hijrah, dia start berjalan nak melawat wilayah-wilayah Islam di luar semenanjung Arab... mula-mula dia gi ke Mesir... lepas tu dia masuk Irak, dan Iran. Dia lawat bandar-bandar penting. Ramai penduduk yang hormat dan kagum dengan dia, sebab zuhud bukan main! Dia sempat masuk ke Syria sekejap, tak dang lama kena hambat dengan Mu’awiyah.... sebab tu Mang, kalu mu tengok, pasukan pemberontak yang datang ke Madinah dan bunuh Usman tu, tak ada pasukan dari Syria...!”
“Apa isi ajaran dia, yang menyebabkan mu kata dia pengasas Syi’ah...?”
“Ok, mu tahu penduduk Iran dan Iraq, mereka tu orang Parsi, bukan orang Arab...! Asalnya mereka agama Majusi, sembah api. Penduduk Mesir bangsa Qibti, agama Kristian. Mereka masuk Islam lepas kalah perang. Mereka tak sempat jumpa Nabi. Mereka kalah ditangan sahabat Nabi dan para tabi’in... Abdullah bin Sabak tahu hal itu... dia mula menyampaikan ajaran sesatnya secara halus... kononnya dalam diri Ali dan keturunan anaknya Husin, telah bercampur darah keturunan kisra Parsi dan darah Nabi Muhammad melalui salasilah ibu... Inilah ajaran pertama yang paling asas menjadi pegangan penganut Syiah..!!! Dia mengatakan, kononnya semua Nabi mempunyai wasi, iaitu orang yang diwasiatkan untuk menggantikan Nabi... Wasi Nabi Muhammad ialah Ali... Abu Bakar dan Umar telah merampas hak Ali... dan kononnya Usman lebih melampau, kerana merampas jawatan Imam dari Ali, bahkan teklah melantik ahli keluarga untuk semua jawatan penting...! Ibnu Sabak ni mengajar penduduk Mesir, Iran, dan Iraq, kononnya Ali adalah makhluk yang paling mulia dan paling suci selepas Nabi Muhammad. Ali maksum dan terpelihara dari semua dosa, kerana kononnya Ali bukan manusia biasa, dia adalah titisan Zat Ilahi yang bersemayam dalam tubuhnya... Kononnya bila Ali buka pintu benteng kota Khaibar tahun 5 Hijrah dulu, Ali cekah dengan tangan je. Kononya Ali sendiri yang kata, Demi Allah, aku robekkan pintu benteng Khaibar tu bukan dengan tenaga jasmani, bukan dengan gerak kekuatan Hayati, tetapi dengan Kudrat Ilahi yang ada pada diri aku...! Kononnya, Mang! Ajaran ini yang orang syi’ah percaya sampai sekarang, kononnya Ali tak mati, tapi naik ke langit... kononnya suruh guruh bunyi cemeti Ali pukul setan, petir tu suara setan melolong kena libas, konon kilat tu cahaya lampu Ali nak suluh iblis...! Ini semua ajaran karut Syiah lah Semang!”
“Iran dan Iraq memang orang Parsi... tapi di Mesir orang Qibti... mereka bukan asal agama Majusi...! Mereka tak ada kena-mengena denga kisra Parsi, macam mana mereka boleh terpengaruh....?”
“Di Mesir lain pulak ceritanya, Mang... Abdullah bin Sabak tahu orang Qibti asalnya dulu agama Kristian... lepas Amru al-As tawan, baru masuk Islam. Dia kata, Isa Al-Masih itu adalah Jesus, akan datang semula sebelum dunia Kiamat, untuk memusnahkan kezaliman dan mendirikan kerajaan Ilahi yang penuh keadilan....! Dia berfalsafah lagi untuk menimbulkan keraguan orang Islam di Mesir, kononnya jika Al-Masih akan datang kembali, takkanlah Nabi Muhammad tak datang? Itu dah membohongi kepercayaan sendiri bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul terakhir....??!! Mu tahu Mang... kedatangan kembali atau Al Ruj’at itulah yang masih menjadi prinsip keyakinan penganut Syi’ah sekarang, tetapi dikenakan bukan kepada Nabi Isa atau Nabi Muhammad, tapi terhadap Imam Mahadi..!!!”
Rosman meneguk air liur pahit dari tekak yang kering.
“Dari dia ni lah lahir puak pemberontak... puak pemberontak ini yang membunuh Usman... puak pemberontak ini yang memaksa Ali terlibat dalam Perang Jamal... puak pemberontak ini yang membunuh Zubir bin Awwam dan Talhah bin Ubaidillah.... Puak pemberontak ini yang kata Ummul Mukminin Aisyah kafir... Puak pemberontak ini yang terlibat dalam Perang Siffin... dari puak pemberontak ini lahirnya kumpulan serpihan, iaitu golongan Khawarij... dan puak Khawarij inilah yang bunuh Ali... lepas Mu’awiyah menjadi Khalifah dan memindahkan pusat pemerintahan dari Kufah ke Damaskus (sebelumnya Ali memindahkan pusat pemerintahan dari Madinah ke Kufah), maka puak pemberontak itulah yang terus kekal akhirnya menjadi golongan Syiah, yang asalnya hanya firqah politik, akhirnya berkembang menjadi Mazhab Agama dengan ajaran yang mirip dengan ajaran Agama Islam, tetapi sebenarnya ia bercanggah dengan pegangan dan kepercayaan umat Islam ahli sunnah wal jamaah...!!”
Mata Rosman terkebil-kebil. Tak tahu samada dia diam kerana bersetuju dengan cerita Jusoh, atau diam sebab tengah fikir apa lagi point nak pangkah hujah Jusoh. Mereka dah nak sampai tol Gambang. Rosman moyok macam katak kesejukan tengah hujan...
“Di pihak Mu’awiyah di Syria pulak... mu kena faham situasi masa tu, Mang... orang Madinah berasa tidak selamat... Walaupun Ali jadi Khalifah, tapi pasukan pemberontak yang membunuh Usman turut berada dalam pasukan tentera Madinah... ramai penduduk Madinah dari keluarga Muhajirin terpaksa lari berpindah ke Syria berlindung di belakang kekuasaan Mu’awiyah... Tindakan Mu’awiyah mempamerkan jubah Usman dan Qur’an yang berlumuran darah atas mimbar Masjid Raya di Damaskus telah membangkitkan perasaan marah yang tidak terkira kepada seluruh penduduk Syria kepada para pembunuh Usman bin Affan... Panjang kalu nak cerita, Mang...kalu mu faham punca dan kaitan antara satu kejadian dengan peristiwa yang lain yang berlaku masa tu, baru mu tahu Syiah tu apa, Khawarij tu apa, siapa yang bunuh Ali, siapa yang bunuh Husin..... nanti aku sambung.”
Demikian adanya.
Bersambung.
No comments:
Post a Comment