Saturday, May 7, 2011

Hati si Jusoh: episod 12

Amirul Bahri

Sebelum balik ke ofis, Jusoh kabo nak ke jeti jap... nampak bot banyak baru masuk, ingat nak beli ikan sikit. Lepas parking kereta di kawasan lapang tanah merah, kedua-duanya berjalan kaki gi ke jeti. Sikit lagi nak sampai, bertembung dengan seorang ajmain baru balik kelaut. Ada bawak ikan dalam plastik. Belum sempat Jusoh tegur, ajmain tu yang tanya dulu, “Bos, nak beli ikan...?”

Jusoh dok dang jawab lagi, ajmain tu terus kata, “ni kita nak jual bos, nak dok?”

“Ikan mende?”

“Ikan campur-campur bos! Ada kembung, kerisi, selar kuning... sutong ada gok sket... ambik ah bos...! Ikan comel ni bos, dok kena air batu lagi...!” Ajmain jawab dengan mata berkelip lambat-lambat, banyak pejam pada celik!

“Dah nak kira guane, nak jual semua ke?”

“Kita tolak borong, bos... ambik belaka ah..!”

“Wape rial semua ni...?”

“Gini bos... kita kabo sekali je, dok aci tawar-tawar....!” Kepala ajmain tu berayun ke kiri dan ke kanan. Rasanya kalu Jusoh tolah sebelah tangan pun rebah.

“Ya ah... berapa, kabo ah molek..!”

“Kita kalu dengan bos... er.. bos bayar lima belas rial dah! Kalu orang lain, kita tolak dua puluh bos..!”

“Ok buleh ah..!” Jusoh pun bayar dan ajmain letak ikan sebelah Jusoh. Dapat je duit lima belas inggit, nampak cerah sikit mata ajmain, tak lah layu sangat macam tadi. Segar terus, suka bukan main, siap cium duit tu....

Wow! Murah sungguh... banyak kilo jugak. Ada kembung kasar dekat sepuluh ekor, anak kembung ada dalam lima belas ekor, kerisi kasar enam ekor, selar kuning banyak jugak, lepas tu ada sotong jarum, sotong mabang pun ada dua ekor, ikan jemuduk sekor, ikan tambang buru pun ada!

“Mang, malam ni mari makan nasi rumah aku...!”

“Hor, molek ah, lepas isyak aku sampai...! Owoh sedapnya, masak asam pedas ah Soh...!”

“Bereh! Aku balik rumah hantar ikan dulu, lepas tu baru aku hantar mu balik ofis..!”

“Boleh gak...!”

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam kereta.

“Orang wahabi fanatik sungguh sokong Mu’awiyah, Soh kan..? Hahaha... ntah mende-mende lah wahabi ni...!” Rosman start pulak dah.

“Mu percaya sungguh Mu’awiyah tu zalim dan gila kuasa...?” Suara Jusoh macam malas nak bercakap je.

“Yaa... bukan setakat zalim, Mu’awiyah adalah musuh Allah! Alasannya mudah, Mu’awiyah menetang Khalifah Ali, seorang Imam yang suci, ahli keluarga Nabi, menantu Nabi, ayah kepada Hasan dan Husin, cucu kesayangan Nabi....! Bermakna Mu’awiyah telah menentang Rasulullah sendiri... dan sesiapa yang bermusuh dengan Rasulullah, sama lah seperti bermusuh dengan Allah...!” Rosman seperti peserta pertandingan debat antara sekolah peringkat daerah.

“Mu’awiyah salah seorang penulis Wahyu... pencatat ayat Qur’an yang dilantik oleh Nabi SAW sendiri... Kitab al-Qur’an yang sampai ke tangan kita...yang kita baca hari ni, adalah atas jasa para penulis wahyu di kalangan sahabat Nabi.... Apakah Nabi SAW telah silap melantik seorang musuh Allah untuk menulis ayat al-Qur’an? Na’uzubillah...!”

“Itu masa Nabi masih hidup... aku tak pertikaikan yang tu.... memanglah, masa Nabi belum wafat, semuanya ok... tidak timbul soal gila kuasa ke apa... tapi bila Mu’awiyah jadi gabenor di Syria, baru lah terserlah kejahatan dan kezaliman dia...!” Rosman menangkis dengan lancar.

“Mu tahu siapa yang melantik Mu’awiyah jadi gabenor Syria dan Palestine?” Jusoh bertanya dengan perlahan dan lembut.

“Saidina Usman..!” Rosman dah macam peserta pertandingan kuiz pulak dah!

“So, adakah Usman bin Affan juga adalah musuh Allah?” Biasanya kalu Jusoh dah start tanya macam inspektor sahab tu, sepatutnya Rosman kena faham sendiri lah, kejap lagi kena jirus mandi lah tu!

“Aku tak kata gitu... tapi macam yang aku kabo awal-awal, Saidina Usman juga manusia biasa, bukan Nabi! Mungkin dia juga ada buat silap.... mungkin mu tak tahu, Soh... Usman bin Affan juga dari bani Umayyah.... kalau tak silap aku, Usman dengan Mu’awiyah adalah sepupu...!”

“So....? What do you mean by sepupu? Actually, what are you trying to say....?”

“Well..! sikit sebanyak mesti ada sentimen kekeluargaan, ada unsur kronism, yang menyebabkan dia gagal berlaku adil dan tidak telus dalam soal politik....! Kalau Usman tak ada buat salah langsung, takkan ada orang Islam yang memberontak dan bunuh dia?”

“Pemberontak itulah yang bangang! Bukannya Khalifah Usman...!” Jusoh mula naik darah.

“Rilek ah Soh... aku tahu orang wahabi memang fanatik membela bani Umayyah laknatullah, semata-mata kerana benci kepada ahli bait, ahli keluarga Nabi...!” Sedap mulut je Rosman bercakap. Celupar sungguh. Kalu Jusoh buat sedap tangan kan, ada yang buleh sakit ni.

“Yang melantik Mu’awiyah ialah Amirul Mukminin Umar al-Khattab...!!! Khalifah Usman hanya mengekalkan kedudukannya sebagai gabenor wilayah Syam... Itu saja! Umar bukan dari bani Umayyah pun... Umar al-Khattab dari bani Adi...! Adakah Umar juga musuh Allah?”

“Mu biar betul, Soh...! Ini soal Usman, Mu’awiyah, dan bani Umayyah, pasal apa nak babitkan Umar al-Khattab pulak? Masa zaman Khalifah Umar, nama Mu’awiyah tak timbul pun... tak femes langsung...! Selepas Usman jadi Khalifah, tiba-tiba Mu’awiyah jadi orang penting pulak, terus dilantik jadi gabenor untuk sebuah wilayah yang besar, iaitu Syria dan Palestine... Padahal ramai lagi sahabat lain yang lebih senior dan lebih layak dari dia... atas sebab apa Soh, kalau bukan kerana dia sepupu Usman, mana mungkin dia dapat pegang jawatan tu? Ini semua kronism lah Jusoh!!!”

“Mu tahu tahun berapa Usman bin Affan dilantik jadi Khalifah, Mang?” Jusoh cool semula. Nampak macam Rosman nak main api, jadi Jusoh fikir biarlah dia bermain air. Kalau api lawan api kang, nanti berapi-api pulak.

“Aku lupalah tahun berapa, tapi lepas Umar al-Khattab kena bunuh lah.......!” Rosman memperlahankan sikit volume suaranya.

“Tahun 23 Hijrah, Mang...! Mu tahu tahun berapa Mu’awiyah dilantik jadi gabenor Syria dan Palestine?” Tanpa menunggu jawapan dari Rosman, Jusoh terus menyambung, “Mu’awiyah mula jadi gabenor tahun 19 Hijrah, Semang weh..!! Umar al-Khattab yang lantik Mu’awiyah, bukan Usman bin Affan!!!”

“eer.. apa ni... er... ya lah..! kita tak tahu sejarah tu sahih ke tidak.... lagi pun, kalu betul apa yang mu kata.......”

“Bukan aku yang kata! Itu fakta yang tertulis dalam kitab sejarah!!!” Tanpa menunggu Rosman menghabiskan ayatnya, Jusoh terus memotong,

“Mungkin atas kelicikan Mu’awiyah sendiri, hingga Umar al-Khattab pun terpedaya dengan muslihat dia.... who know?”

“Tadi kata Usman bin Affan yang buat silap, lepas tu Umar al-Khattab kena tipu dengan Mu’awiyah pulak...! Mu tahu ke Semang.... sebenarnya yang mula-mula menaikkan Mu’awiyah bukan Usman, bukan Umar, tetapi Khalifah Abu Bakar as-Siddiq!! Abu Bakar dari bani Taim, tak ada kena-mengena dengan bani Umayyah pun!”

“Kah kah kah! Mu jugak yang kata Mu’awiyah mula jadi gabenor Syria tahun 19 Hijrah.... Abu Bakar wafat tahun 13 Hijrah, Soh...! Apa mu ingat Abu Bakar lantik Mu’awiyah dari dalam kubur ke? Hahaha...!”

“Aku tak kata Abu Bakar lantik Mu’awiyah jadi gabenor... aku kata, Abu Bakar yang menaikkan Mu’awiyah! Mu faham lah molek-molek ayat aku...! Ok gini mang, mu dengar aku cerita.... Pada tahun 13 Hijrah, pada saat-saat akhir sebelum Abu Bakar wafat, pasukan tentera Islam sedang berada di lembah Yarmuk, sedang berhadap betul dengan tentera Rom yang jumlahnya berlipat kali ganda lebih ramai dari bilangan tentera Islam. Khalifah Abu Bakar lantik Khalid al-Walid sebagai panglima besar untuk memimpin seluruh pasukan Islam di Yarmuk. Di belakang Khalid al-Walid ialah Abu Ubaidah bin Jarrah yang memimpin sayap tengah. Pasukan sayap kanan dipimpin oleh Amru bin al-As dan Syurahbil bin Hasanah. Sayap kiri dipimpin oleh Yazid bin Abu Sufiyan dan adiknya Mu’awiyah bin Abu Sufiyan!!! Semua panglima ini dilantik oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq sendiri, bukan oleh orang lain! Andersteng?”

“Tapi yang aku baca, Umar al-Khattab pecat Khalid al-Walid......!”

“Nanti dulu... mu dengar dulu Mang... aku cerita tak habis lagi...! Ok, di saat yang genting, tiba-tiba sampai utusan dari Madinah, bagitahu Abu Bakar as-Siddiq wafat, dan Umar al-Khattab dilantik jadi Khalifah. Dan satu berita lagi, Khalifah Umar memecat Khalid al-Walid, dan melantik Abu Ubaidah bin Jarrah untuk memimpin pasukan tentera Islam. Itu sahaja! Yang bertukar cuma lah kedudukan Khalid al-Walid dan Abu Ubaidah sa-ha-ja! Yang lain semua kekal!! Orait, ada fehem?” Jusoh cuba buat joke, tapi tak kelakar. Rosman tak gelak langsung.

Nampak Rosman macam nak kata sesuatu, tetapi.... tak terkata. Dia membiarkan Jusoh meneruskan cerita.

“Lepas menang di Yarmuk, Abu Ubaidah dan Khalid al-Walid bawak pasukan Islam pergi serang kota Damaskus pulak... Damaskus tu nama lama, Mang... sekarang ni orang panggil Damsyiq...!” Jusoh berkata separuh menganjing.

“Ya lah, itu aku tahu lah...!”

“Pada tahun 14 Hijrah, lepas berjaya menakluk Damaskus, Khalifah Umar al-Khattab menyampaikan perintah dari Madinah supaya pasukan besar itu dipecahkan untuk bergerak meluaskan kekuasaan Islam di utara dan selatan Syria.... Abu Ubaidah dan Khalid al-Walid diperintahkan untuk mara ke utara. Amru bin al-As dan Syurahbil bin Hasanah ke selatan, sementara Yazid dan Mu’awiyah bin Abu Sufiyan diperintahkan bergerak ke bahagian pesisir pantai Levantine.”

Rosman diam. Jusoh menyambung, “Pasukan Abu Ubaidah di utara dan pasukan Amru al-As di selatan menghadapi tentangan yang hebat, tapi akhirnya semua menang. Kota Homs dan Palestine berjaya ditawan. Dan... kitab sejarah menulis, pasukan Yazid dan Mu’awiyah di bahagian pantai tidak menghadapi tentangan dan dapat menakluk kota Sidon dengan mudah. Mu tahu sebab apa, Mang? Sebab penduduk Sidon terpesona dengan kelunakan sikap yang ditunjukkan oleh tentera Islam! Kepada penduduk, Yazid cuma menawarkan tiga pilihan, samada masuk Islam dan kena bayar Zakat, atau, bebas nak masuk agama apa pun tetapi mesti tunduk kepada pemerintahan Islam dan wajib bayar Jizyah, atau, Perang! Penduduk Sidon tengok sendiri bagaimana tentera Islam sangat tertib dan berdisiplin sungguh mengerjakan solat lima kali sehari di atas padang terbuka, diimamkan oleh Yazid dan kadang-kadang Mu’awiyah yang jadi imam... akhirnya semua penduduk Sidon pakat menyerah diri gitu je, tak dang perang pun! Ni... yang mu kata musuh Allah, musuh Allah! Inilah orangnya, Semang!!!”

Rosman tunduk membisu. Jusoh menyambung, “Pada tahun 16 Hijrah, Khalifah Umar al-Khattab berangkat dari Madinah ke Syria kerana dijemput untuk menerima penyerahan kota Jerusalem. Sebelum balik semula ke Madinah, Umar telah mengatur pembahagian kuasa di antara para panglima Islam di daerah-daerah tertentu secara rasmi, dan Abu Ubaidah bin Jarrah dilantik sebagai Gabenor untuk seluruh wilayah Syria dan Palestine itu!”

Melihat Rosman terkedu, Jusoh meneruskan, “Dipendekkan cerita, tahun 18 Hijrah, wabak taun melanda wilayah Syam. Abu Ubaidah wafat. Kedudukannya sebagai gabenor digantikan oleh Muaz bin Jabal. Selang beberapa bulan, Muaz bin Jabal pulak yang wafat, dan Yazid bin Abu Sufiyan menjadi gabenor. Tahun 19 Hijrah, Yazid wafat, lalu Khalifah Umar al-Khattab melantik Mu’awiyah bin Abu Sufiyan, yang mu kata laknatullah tu, sebagai gabenor Syria dan Palestine!”

Dah sampai rumah. Jusoh masuk dalam kejap, bubuh ikan dalam peti sejuk. Rosman tunggu dalam kereta. Lebih kurang lapan minit, Jusoh keluar dan masuk kereta.

“Mu’awiyah mintak kebenaran dua tiga kali dari Khalifah Umar di Madinah untuk nak bentuk pasukan armada laut, tapi Umar tak bagi. Lepas Usman jadi khalifah tahun 23 Hijrah, Mu’awiyah mintak lagi kebenaran dengan Usman pulak... tahun 28 Hijrah baru Khalifah Usman benarkan. Bukan senang, Mang...! sepupu tak sepupu, benda yang tak boleh, memang tak boleh! Mu ingat Usman bin Affan tu siapa? Koman punya orang ke? Dia bagi kebenaran pun dengan bersyarat, Mang!... Usman kata ke Mu’awiyah, “La Tantakhibin-Nasa... wa la Takra’ baina-hum... Khayyir-hum... Faman Ikhtaral-Ghazwa tha’ian... fa Ahmil-hu wa A’in-hu...!” Ambik nak! Jusoh bahang cakap Arab dok starang!

“Maknanya, Mang!... Usman kabo ke Mu’awiyah, ‘mu jangan pilih sapa yang nak ikut gi... mu jangan cabut undi pulak nak pilih sapa yang kena gi... sapa yang rela hati nak gi sendiri, mu bawak orang tu lah... dan mu jagalah tentera mu tu molek-molek..”

Jusoh menyambung, “Dipendekkan cerita, Mu’awiyah berjaya takluk Pulau Rhodes dan Pulau Cyprus pada tahun 29 Hijrah... lepas tu, Mu’awiyah mintak kebenaran Khalifah Usman nak gi serang Constantinople pulak! Tahun 31 Hijrah, Mu’awiyah memimpin armada Syria, bergabung dengan armada Mesir pimpinan Abdullah bin Abi-Sarah, menuju ke laut Aegia... Masa itu lah Khalifah Usman bin Affan menganugerahkan gelaran ‘Amirul-Bahri’ kepada Mu’awiyah bin Abu Sufiyan atas kehandalan dan keberaniannya di laut... maknanya pemimpin di lautan... dan mu tahu, Mang! Dari perkataan Amirul-Bahri itulah timbulnya perkataan ‘Admiral’ dalam bahasa orang putih!! Mu sedap mulut je kata Mu’awiyah jahat lah, zalim lah, gila kuasa lah, musuh Allah lah, Laknatullah lah... apa bendaaa lah mu Semang!”

Dah sampai ofis Rosman. Berat sungguh Rosman kena hari ni.... tak tahu lah, malam ni jumpa lagi. Rosman nak mari makan nasik rumah Jusoh. Tak tahulah apa benda cerita pulak yang Rosman nak gebang....

Demikian adanya.
Bersambung...

No comments:

Post a Comment