Hari makin gelap. Hujan makin lebat. Angin bertiup makin kuat. Ribut makin hebat. Di langit bersahutan guruh dan kilat. Sesekali Zaleha menggeliat. Nafasnya tercungap-cungap. Pelukan suaminya makin erat........ tiba-tiba, sraaappp..!!
Belum habis karangan itu dibaca depan kelas, cikgu Rohana pulas telinga Jusoh dan suruh duduk... “gatal!” kata cikgu Rohana sambil mulutnya berkeriput menahan gelak. Riuh damat satu kelas pakat suka ke Jusoh. Jusoh pun sengih-sengih, tiba-tiba... “Woiih, apa benda ni, senyum sorang-sorang..!? teringat ke ibu ah tuu!!” Rosman jerkah Jusoh sambil ketawa.
“Owoh mu Mang! Nattang nggoh, kejut aku. Hahaha..! Ibu mende gok, takdok ibu ibu aih! Ada takdok pun, yang kat umah tu lah sorang!”
“Mana tahu, kot kot ada pemain rezab... kalu cedera buleh gak tukar-tukar... hahaha!”
“Eiiii dok berani aku! Dok pasal-pasal kena libas ngan Mek Dayang kang! Hahaha...!”
“Tahu dok apa! Tapi, mu bukan jenis takut ke bini, Soh! cuma bini dok takut ke mu..! hahaha...!”
Jusoh janji nak gi keluar makan lunch tengahari sama dengan Seman hari ni. Jumpa di kedai belakang Bank Alian Jalan Air Putih. Lama tak makan nasik lauk ikan tenggiri gulai kuning dengan ikan kerisi belah belakang sumbat sambal lada goreng garing. Kena ngan sambal belacan, ada pulak ulam timun ke, kacang botol ke, pergh! Masa Jusoh sampai, Rosman baru on de way. Masa tengah tunggu Rosman itu lah, Jusoh duduk nengung teringat kesah lama sampai senyum temewek sorang-sorang diri tu.
“Bab tabligh, kita rilek dulu ah... masa ni dok sesuai. Bab tu bahagian acara belah malam...!” Macam biasa, Rosman jadi speaker dewan, memulakan persidangan.
“Hahaha..! molek gak. Aku tak dok hal, Mang. Tapi tajuk tabligh ni memang heavy metal sikit. Bukan mende, banyak sangat cerita. Aku ingat kalu start cerita pasal tabligh hari ni, sampai hari Jumaat depan pun dok habis lagi....!”
Ya sungguh jugak tu. Masa rehat tengahari, lama mana sangat? Habis kuat pun sejam je. Jem gi jem mari, habis dah 20 minit. Tinggal setengah jam je lagi, nak bersidang amende? 30 minit, kalu cerita hal beruk panjat nyor buleh lah!
Rosman gi cedok kepala ikan merah asam pedas bubuh dalam mangkuk dan letak atas meja. “Eh, Soh, agak-agak kalu mu nak nikah sorang agi, orang puan mu ngamuk dok?”
“Biasa ah Mang, nama pun orang puan... kalu dok ngamuk tu bukan lah orang puan namanya..! Aku kalu setakat nak belebel nak mecok rudung-radang rembas pinggan mangkuk tu, dok apa lagi, kebal buleh tahan lagi lah... tapi kalu main wat pengsan ke, koma histeria dok sedar diri ke, owoh aku kalah selalu ah... dok aci ah main wat offside gitu... hahaha..! kalu bini aku koma, aku noktah ah jawabnya...!! Bini mu guane?”
“Bini aku? Huh, pecah dah henfung sutir kena lempar! Aku dok ingat nak delete mesej budak puan kerja bank simpanan tu, sekali dang bini aku baca dulu, huh mende lagi... rembas terus henfung, pecah hanyai atas lantai!!” (rembas=hempas).
“Hahaha...! Awek BSN memang mencabar minda, Mang! Masa kerja di KL dulu, aku rajin gok minum air kat warung mamak di Jalan Ampang. Sekali gadis-gadis BSN turun makan, jalan berceridar lima enam orang, fuuuuh, macam paramugari kapalterbang!!”
“Dah bakpe tadi mu senyum sorang? macam orang dok berapa sara..!”
“Takdok mende. Hahaha..! Saja teringat kesah lama zaman sekolah, masa tingkatan 4, cikgu Rohana suruh wat karangan, lepas tu kena baca sorang-sorang depan kelas... aku baca dok dang habis lagi, kena pulas telinga dah..!”
“Kah kah kah! Cikgu Rohana yang kurus pakai tudung labuh tu, kan? Huuu memang lawa cikgu tu. Muka dia tenang dan syahdu.”
“Hor lah, bakpe dok nya..!? Kalu sekali dia senyum, aku berasa nak gi tandas sokmo..!” Jusoh berkata acuh tak acuh. Sambil tangannya mengacau air oren limau sunquick dalam gelas dengan straw lalu menyedutnya.
“Bakpe pulak nak gi tandas, wat mende?” berkedut kening Rosman, lalu bertanya dengan nada hairan.
“Sikat rambut! Tarik bojeng...”
“Cih!”
Jusoh bagi isyarat mintak nasi tambah. Abang Mat, suami kak Mah tuan kedai tu memang kamceng dengan Jusoh. Orang Kampung Pasir Gajah, Kemaman. Sebab tu orang gelar laki dia Mat Gajah.
“Soh, mu anti sungguh ngan tabligh ya..?” Ceh! Tadi kata takmboh cerita hal tabligh.
“Hahaha..! bukan anti, tapi... aku tak ikut, itu saja!”
“Ya lah, bakpe mu dok ikut?”
“Sebabnya... er.. takdok sebab aku nak ikut, Mang. Setakat yang aku paham, Islam bukan gitu.....!”
“Sebenarnya mereka tu bagus, Soh..! Dia orang cuba jalankan dakwah ikut cara nabi, ok lah tu! Mereka menyambung gerak kerja nabi. Mereka nak mengenal Tuhan, mengajar cara-cara nak mendekatkan diri pada Tuhan, nak ikut sunnah nabi dalam semua aspek kehidupan, cara pakaian, cara makan, cara ibadat, cara bergaul dengan orang... sepatutnya kita kena sokong golongan macam tu. Aku pernah ikut mereka keluar, memang seronok.”
“Bila mu kabo gini, aku teringat ada sorang geng tabligh duduk dekat dengan rumah aku, tapi lorong lain. Kuat sungguh tabligh, memang muktabar habis! Orang panggil dia Taliban....”
“Owh Taliban tu, hahaha, aku kenal tu, selalu nampak dia naik motor kat bandar... janggut panjang!”
“Aku takdok hal dengan orang tabligh. Memang pun aku baik dengan dia. Satu hari tu, tayar kereta aku pancit. Bertembung dengan dia kat kedai tayar, dia nak isi angin tayar motorsikal.... aku dah lah nak cepat, cina tokey tayar tu pulak sibuk kempen suruh aku buat alignment dan balancing, yang si taliban ni pulak duk sibuk kempen suruh aku masuk tabligh lah, ajak khuruj 7 hari pergi Kelantan lah, cerita hal karkun dia ada power lah, last sekali dia tunjuk sepasang jubah dengan seluar aladin nak jual kat aku. Katanya dia silap beli, tak muat. Kononnya kalau aku pakai, memang ngam sangat lah saiz baju tu dengan tubuh aku.”
“Eh, betul lah Soh. Memang aku pernah dengar kawan aku di Terengganu cerita gini jugak. Aku rasalah... itu salah satu taktik dia lah nak kempen suruh orang join tabligh. Dia beli baju tabligh, lepas tu buat-buat tak padan, lepas tu jual ke orang yang bukan tabligh, siap puji-puji lagi, nak suruh orang tu masuk tabligh....”
“Entah! Aku tak terfikir sampai ke situ pulak....!”
“Mu bayang lah Soh, kalu betul dia tersalah beli sungguh, jual lah balik ke geng tabligh yang lain, bukannya susah. Bakpe yang duk sibuk nak jual ke orang bukan tablighnya?” Jeng jeng jeng...! tanpa dihasut oleh mana-mana pihak, nampaknya Rosman dah mula sikit-sikit menyebelahi Jusoh.
“Dah tu, mu beli dok?”
“Doook!! Tapi aku kabo molek-molek lah... aku kata aku dok pakai baju gini, baik mu jual ke orang lain. Lagipun jubah Arab kat umah aku dah banyak. Hish, dia pulak wat keras keng. Dia kata, ini pakaian nabi. Kita pakai saja pun dapat pahala dah. Kita kena ikut sunnah dalam semua keadaan, bukan sembahyang je kena ikut nabi, tapi lepas sembahyang pakai seluar jeans, makan pakai garpu, tengok tv, gelak kuat-kuat...!”
“Hahaha... karut jugak lah taliban ni rupanya...! berani dia sound mu gitu? Bakpe mu dok tarik je janggut dia tu...!” Rosman jek Jusoh pulak dah.
“Aku tanya dia balik, pakaian nabi macam mana? Dia kata, pakai jubah macam ni lah, sambil tunjuk jubah yang dia pakai! Katanya lagi, dia nak jual tu pun bukan dapat untung apa. Hanya untuk menggalakkan orang ikut sunnah berpakaian cara nabi, nanti Allah akan bagi pahala dan ganjaran yang besar pada dia. Serabut sungguh lah, cina tu pulak sibuk tanya nak buat alignment ke dok. Aku kata lain kali lah aku mari, sebab nak cepat hari ni.”
“Owoh, bakpe mu dok sekeh je kepala taliban tu...!”
“Sedang molek kereta aku siap je, sempat jugak lah bagi satu das. Aku kata, ceh, ni macam baju tok syeikh Pakistan jual batu cincin je! Bakpe, nabi mu orang keling ke? hahaha... dia pandang aku atas bawah atas bawah, panas ah tuuu!”
“Hahaha... mu ni gak, macam-macam lah Jusoh! Lepas tu mu dok jumpa dia dah?”
“Ada gak bertembung jarang-jarang. Aku tegur-tegur gitu je lah. Masa ngundi hari tu, dia duk lalu gi mari gi mari depan sekolah dengan mutor dia tu ah... nampak je aku tengah bercakap dengan Tok Empat Hasan depan pagar sekolah, pergh, bukan main lagi, dari jauh angkat tangan.....”
“Tok Empat Hasan tu siapa?”
“Ketua Kampung. Kalu di Tranung kita panggil Tok Mulu (Penghulu), orang Pahang panggil Tok Empat...!”
“Owh, tok mulu! aku ingat Orang Kaya Berempat, anak beranak raja...! Hahahaha...!”
“Lepas aku ngundi, masa nak balik, aku singgah kejap kat pondok panas Pas... si Taliban tengok je aku borak dengan Haji Sabri, huh, dia pun preh mutor, berdecung tembor lari. Baru aku perasan, bergedip bendera dacing atas nombor plet mutosikal dia! Hahaha..!”
Ceh, ambik nak! Kata takmboh cerita bab tabligh, uuh, macam Jusoh kabo ah, kalu dah start cerita hal tabligh, memang susah nak brek.
“Owoh, pukul wape dah Mang? Hahaha.. dua lebih dah! Kak, mari pakat kira...!” Jusoh wat keluar pitis RM50 inggit.
“Dok apa ah Soh, biar aku bayar...!” Rosman ambik pitis RM20 dalam beg duit.
“Ish, mu jangan gitu, Mang..! Comel, mari ambik pitis ni!” Jusoh panggil anak dara Mat Gajah suruh datang kira. Dah nampak mak dia sibuk sangat, panggil anak dia ah senang.
“Hish, mu sokmo yang bayar. Lepas mung, mung! Lepas mung, mung! Bila giliran aku nya...?”
Dalam duk ish ish ish tu, Jusoh pun slow je masuk balik duit 50 inggit dalam kocek, lalu buat-buat tukar tajuk, “Lepas ni, malas dah nak sembang bab tabligh ni, buang masa je... takdok pekdah pun! Hahaha...”
“Malam ni guane gamok? Kita gi makan char kuay teow depan Tunas Manja Cenderawasih, guane Soh?”
“Owoh, mintak maaf banyak, Mang. Malam ni ada kuliah ustaz Yahya di Kubang Buaya. Malam esok ah pulak kita bersidang, aku free esok..!”
“Ok bereh...!“
Kedua-dua orang jejaka Terengganu itu pun bersurai dan balik ke pejabat masing-masing. Esok jumpa lagi.
Demikian adanya.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment